Mesin pembanting ialah mesin yang digunakan oleh petani pada masa dahulu untuk membanting (memisahkan) bijian dari tangkainya. Mesin ini juga menganginkan (meniup) sekam dari bijian. Andrew Meikle dari Scotland membina mesin pembanting praktikal yang pertama pada tahun 1780-an. Sebelum itu, petani membanting dan menganginkan bijian dengan tangan – iaitu, kerja yang berat dan lambat. Mesin pembanting membolehkan petani memproses bijian dengan lebih cepat lagi daripada yang dilakukan dengan tangan. Sejak tahun 1930-an, mesin penuai kombin telah menggantikan kebanyakan mesin pembanting (lihat Mesin penuai kombin). |