Annapurna I , puncak gunung setinggi 8078 meter dan merupakan gunung yang kesebelas tertinggi di dunia. Puncak ini terletak di pergunungan Himalaya. Annapurna I terletak di bahagian tengah Nepal dan membentuk sebahagian daripada kumpulan gunung Annapurna. Orang Nepal menggelar puncak gunung yang diselubungi salji ini Dewi Penuaian, kerana mereka percaya puncak ini mengawasi ladang tanaman di penara subur di Pokhara yang terletak bersebelahan. Pada tahun 1950, satu ekspedisi 11 orang yang dipimpin oleh Maurice Herzog dari Perancis mendaki Annapura. Sebelum Puncak Everest didaki pada tahun 1953, Annapurna adalah puncak yang paling tinggi pernah didaki. Lihat juga Gunung (jadual gambar rajah). |