Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.bu.han] | ڤنوبوهن

Definisi : perihal menubuhkan (syarikat, persatuan, dll): ~ syarikat ini memberi peluang kpd orang Melayu utk memiliki rumah sendiri melalui syarikat ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nu.bu.han] | ڤنوبوهن

Definisi : perbuatan atau hal menubuhkan sesuatu (persatuan, syarikat dll): ~ persatuan murid tua itu telah dirasmikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tubuh (kata nama)
Bersinonim dengan badan, jasad, jasmani, jisim, diri, rangka, bentuk, sarira;,
Kata Terbitan : bersetubuh, menyetubuhi, persetubuhan, bertubuh, menubuhkan, tertubuh, pertubuhan, penubuhan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HARI PENUBUHAN UMUM 
KAY-SHUTTLEWORTH, SIR JAMES PHILLIPS

Kay-Shuttleworth, Sir James Phillips (1804–

1877) ialah pendidik British yang telah meletakkan

asas penubuhan sistem pendidikan Inggeris.

UMUM 
KESULTANAN PERLIS

KESULTANAN PERLIS, institusi kerajaan Perlis. Kesultanan Perlis merupakan kesultanan yang paling kecil sekali antara sembilan buah Kesultanan Melayu. Penubuhan Kesultanan Perlis menunjukkan keunikan sosiopolitiknya sekiranya diban dingkan dengan Kesultanan Melayu yang l ain. Sejarah Perlis sebagai sebuah wilayah dalam Kesultanan Kedah telah wujud sejak zaman lam­pau dan Perlis selalu dilihat sebagai tapak pedalaman kuasa politik raja pemerintah Kedah. Namun sejarah Kesultanan Perlis hanya bermula antara tahun 1839 hingga tahun 1842 apabila wilayah itu dipisahkan dari Kedah dan diiktiraf oleh Raja Siam sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam lingkungan politik Siam. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa kewujudan Kesultanan Perlis adalah kesan campur tangan kuasa luar dan legitimasi dinasti pemerintahnya berasaskan surat tauliah Raja Siam pada tahun 1842. Hingga tahun 1909, alat kebesaran Raja Perlis ialah surat bertauliah tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
DREW, CHARLES RICHARD

Drew, Charles Richard (1904–1950) ialah

doktor Amerika yang terkenal kerana penyelidikan

dalam bidang plasma darah dan penubuhan

bank darah.

UMUM 
MUHAMMAD GHAZALI SHAFIE, TAN SRI

Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri

(1922– ), tokoh politik Malaysia. Dia memberi

sumbangan yang besar dalam sejarah politik

negara terutamanya di sebalik tabir penubuhan

negara Malaysia pada tahun 1963.

UMUM 
JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA, pusat pengajian dan pengajaran bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu yang tertua di negara ini. Ditubuhkan pada 5 Oktober 1953 di Universiti Malaya Singapura atas kesedaran, desakan dan pengorbanan guru – guru sekolah Melayu. Mereka yang mengusahakan penubuhan jabatan ini telah sanggup menghulurkan sumbangan demi kepentingan kesarjanaan Melayu, walaupun pihak pemerintah Kolonial pada masa itu memandang sepi terhadap penubuhan jabatan ini. Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya (JPMUM) berpindah ke Kuala Lumpur berikutan dengan penubuhan Universiti Malaya Kuala Lumpur pada Januari 1959.

BAHASAInstitusi/Organisasi
KONFRONTASI INDONESIA- MALAYSIA

KONFRONTASI INDONESIA- MALAYSIA, penentangan Indonesia terhadap penubuhan Malaysia. Gagasan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul rahman Putra iaitu untuk menggabungkan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Pandangan Tunku telah mendapat sokongan yang meluas daripada pihak British sehingga gagasan Malaysia muncul menjadi satu rancangan bersama antara pihak British dengan pemimpin-pemimpin Tanah Melayu. Idea penubuhan Malaysia telah membawa Malaysia dan Indonesia ke dalam satu krisis serantau. Sukarno, Presiden Indonesia, menganggap penubuhan Malaysia sebagai satu projek Indonesia mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SEMANGAT 46SEMANGAT 46, parti politik.  Parti ini ditubuhkan pada 11 Mei 1989.  Penubuhan parti ini adalah sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu, Terengganu.  Penubuhan Parti Semangat 46 bermula dengan perpecahan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987 dan diikuti  dengan pengharaman UMNO pada bulan Februari 1988.  Oleh itu, matlamat penubuhan parti ini ialah berusaha untuk meneruskan semangat perjuangan UMNO 1946.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
NORTHCLIFFE, VISCOUNT

Northcliffe, Viscount (1865–1922), penulis dan

penerbit British yang terkenal. Dia mempelopori

penggunaan komik, kesan khas, berita agama, dan

akhbar tabloid. Dia juga memainkan peranan yang

penting dalam penubuhan Kabinet Campuran yang

diketuai oleh David Lloyd George pada tahun 1916.

Northcliffe memiliki Amalgamated Press, sebuah

syarikat penerbitan majalah yang besar, dan London

Evening News , Daily Mail , Daily Mirror , dan The

Times . Dia dilahirkan di County Dublin, Ireland.

Nama asal Northcliffe ialah Alfred Charles William

Harmsworth. Dia dilantik menjadi baron pada tahun

1905.

UMUM 
SMITHSON, JAMES

Smithson, James (1765–1829), ialah ahli sains

British yang mengasaskan Institusi Smithsonian di

Amerika Syarikat. Dalam wasiatnya, dia memberi

lebih 500 000 dollar Amerika kepada Amerika

Syarikat untuk penubuhan sebuah institusi saintifik.

Kongres Amerika Syarikat menerima pemberian ini

dan, pada tahun 1846, menubuhkan Institusi

Smithsonian di Washington, D.C.

Smithson lahir di Perancis dan mendapat

pendidikan di Oxford University. Smithson terkenal

kerana penyelidikannya dalam bidang kimia dan

mineralogi. Salah satu mineral yang dikajinya

dikenali sebagai smithsonit (zink karbonat),

dinamakan sebagai penghormatan kepadanya.

Lihat juga Institusi Smithsonian.

UMUM 
123456789

Kembali ke atas