Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nun.tut] | ڤنونتوت

Definisi : 1. orang yg menuntut (perkara), pendakwa: ~ takhta; 2. orang yg belajar (mencari ilmu), murid, pelajar: ~ sekolah menengah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nun.tut] | ڤنونتوت

Definisi : 1 orang yg menuntut; pendakwa. 2 orang yg sedang belajar; pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuntut
Kata Terbitan : menuntut, tuntutan, penuntut,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DE VRIES, HUGO

De Vries, Hugo (1848–1935) ialah ahli botani

Belanda dan penuntut evolusi organik, yang

lebih dikenali sebagai pengarang teori mutasi

(lihat Mutasi).

UMUM 
SALINGER, J.D.

Salinger, J.D. (1919– ), pengarang Amerika

yang menjadi terkenal kerana novelnya The

Catcher in the Rye (1951). Wira novel ini yang juga

penceritanya, Holden Caulfield, ialah penuntut

yang tercicir dari sekolah persediaan. Semasa

hanyut di New York City, Holden belajar

menghadapi kepura-puraan yang ditemuinya

dalam kehidupan dunia orang dewasa dan

kelemahannya sendiri. Dalam novel ini dan dalam

banyak fiksyen yang dihasilkannya kemudian,

Salinger secara humor dan meyakinkan

menggambarkan ucapan, gerak-geri dan perasaan

orang muda.

UMUM 
IBRAHIM FIKRI, TAN SRIIBRAHIM FIKRI, Tan Sri (1920-1973), Menteri Besar Terengganu (1961-1970). Dia lahir di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Dia mendapat pendidikan Melayu, Arab dan Inggeris. Dia merupakan bekas penuntut Madrasah Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (kini Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin).SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
OSLER, SIR WILLIAM

Osler, Sir William (1849–1919), doktor Kanada dan

salah seorang pendidik perubatan yang terulung.

Salah satu sumbangan Osler yang paling dikenali

dalam dunia perubatan ialah pembentukan sebuah

klinik di Johns Hopkins Hospital di Baltimore,

Maryland, Amerika Syarikat. Klinik ini menjadi model

bagi pendidikan perubatan moden di Amerika

Syarikat. Osler begitu cenderung menggunakan

“pesakit sebagai teks”, dan dia menyempurnakan

kaedah pengajaran dengan menggalakkan penuntut

melibatkan diri dalam merawat pesakit dan belajar

seni rawatan amali di sisi pesakit.

UMUM 
MAHMUD AHMAD

MAHMUD AHMAD (1906 – 1976), penulis Singapura. Dia lahir pada 29 Mac 1906 di Kallang, Singapura. Dia lebih terkenal dengan nama Cikgu Mahmud Ahmad. Mahmud Ahmad mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Katung dan Sekolah Melayu Kampung Gelam, hingga tahun 1922. Setelah tamat Darjah Enam dia diterima sebagai guru pelatih. Dia menjadi penuntut di Sultan Idris Training College (SITC) dari tahun 1926 hingga tahun 1929.

SASTERATokoh
ISMAIL HAMID

ISMAIL HAMID, (1939 -    ) penyelidik sastera klasik. Dia lahir pada 18 Februari 1939 di Perlis. Setelah tamat persekolahan rendah di Sekolah Melayu, dia meneruskan pelajarannya di Sekolah Arab Alawiyah al-Diniyah, Perlis (1951-1959). Dari tahun 1967 hingga tahun 1970, dia menjadi penuntut di Universiti Malaya hingga mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera. Pada tahun 1972, dia memperoleh ijazah Sarjana Sastera dari Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat.

SASTERATokoh
ZAM ISMAILZAM ISMAIL (1943-       ),  penulis. Dia lahir pada 19 Mei 1943 di Kampung Parit Rasipan, Batu Pahat, Johor. Nama sebenarnya ialah Mohd. Ismail bin Jamjam.  Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya sebelum melanjutkan pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah Bukit Zaharah dan Sekolah Datuk Abdul Razak, Tanjung Malim Perak hingga lulus Sijil Pelajaran Seberang Laut pada tahun 1961.  Kemudian dia memasuki Maktab perguruan Johor Bharu.  Setelah beberapa waktu mengajar, dia berjaya melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya dan berjaya mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1971.  Dia mendapat ijazah Sarjana Pendidikan pada tahun 1983 dari University of Northern Iowa, Amerika Syarikat.  Selepas itu, dia kembali berkhidmat di Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Penolong Pengarah sebelum dilantik sebagai Pengarah di Jabatan Penuntut Malaysia, di Jakarta pada tahun 1991.SASTERATokoh

Kembali ke atas