Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.tu.pan] | ڤنوتوڤن

Definisi : perihal menutup (menutupi, menu-tupkan), penamatan, pengakhiran, penyudah-an: beliau diberitakan telah mengisytiharkan ~ perkhidmatan penerbangan Amerika Syarikat di seluruh Indonesia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nu.tu.pan] | ڤنوتوڤن

Definisi : per­buatan (hal dsb) menutup, menutupi atau menutupkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutup
Kata Terbitan : bertutup, menutup, tertutup, penutupan, penutup,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENUTUPAN GADAI JANJIKonsep undang-undang.UNDANG-UNDANGKonsep
SUTUR

Sutur merupakan garisan yang terbentuk dalam

pencantuman tulang yang tidak bergerak seperti di

tengkorak. Ia juga penutupan menerusi jahitan, ke

atas hirisan luka dalam pembedahan. Bahan yang

digunakan untuk menjahit luka juga dikenali sebagai

sutur. Bahan sutur ini dibuat daripada catgut, sutera

halus, linen, dawai dan nilon. Lihat juga Ligatur.

UMUM 
CAPING

CAPING, penutupan kemaluan yang dipakai oleh kanak-kanak kecil lelaki dan perempuan pada masa dahulu.  Caping diperkenalkan ke negara ini oleh orang India yang mula bertapak di negeri ini pada abad ke- 7M. Hingga abad ke-13, iaitu pada zaman Sriwijaya.

BUDAYAArtifak/Mentifak
UJIAN TOKOKAN TEKANANKaedah ujian telaga yang sering digunakan dalam industri petroleum. Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan keupayaan reservoir (kh) atau kebolehtelapan-tebal dan kulit (S) telaga. Kadangkala, tekanan purata reservoir juga diperoleh menerusi ujian ini. Untuk menjalankan ujian tokokan tekanan, mula-mula telaga ditutup sehingga tekanan reservoir menjadi stabil. Selepas itu, telaga dibuka dan dialirkan. Hal ini menyebabkan tekanan reservoir menyusut. Seterusnya telaga ditutup sekali lagi dalam sela masa tertentu. Semasa telaga ditutup, tekanan permukaan formasi diukur. Penutupan kali kedua ini menyebabkan tekanan reservoir bertambah. Itulah sebabnya ujian ini dinamai ujian tokokan tekanan.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKaedah
SUMPAH PEMUDASUMPAH PEMUDA, ikrar pergerakan pemuda Indonesia pada masa pergerakan nasional pada 28 Oktober 1928 di Jakarta.  Pemuda Indonesia adalah tunggak penting dalam sejarah pertumbuhan bangsa dan negara Indonesia.  Ketika dibuat sumpah ini hanya disebut sebagai ‘putusan kongres pemuda pemudi Indonesia’. Istilah Sumpah Pemuda hanya muncul dalam perkembangan kebangsaan Indonesia selanjutnya.  Keputusan ini dipersetujui pada penutupan Kongres Pemuda II yang diadakan pada 27-28 Oktober 1928 di Jakarta.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas