BALAI | BALAI, tempat ketua-ketua masyarakat bermesyuarat, atau tempat upacara-upacara adat dilakukan. Balai sudah digunakan sejak zaman masyarakat penutur-penutur bahasa Proto Austronesia. Pada zaman terawal kerajaan Sriwijaya, balai mula mempunyai sejarah perkembangannya. Ini disebabkan adanya perubahan kepimpinan yang melibatkan penubuhan institusi beraja hasil daripada pertembungan kebudayaan Melayu dengan kebudayaan Hindu. | BUDAYA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DIRI | Diri, dalam tatabahasa, ialah ciri bahasa yang menunjukkan perbezaan antara penutur, pendengar dan seseorang atau sesuatu yang diperkatakan. Jika sesuatu kata adalah bagi penutur, ia ialah diri pertama. Jika kata itu bagi pendengar, ia ialah diri kedua. Jika kata itu bagi orang atau benda lain, ia ialah diri ketiga. | UMUM | |
DIALEK | Dialek ialah variasi bahasa yang digunakan oleh kumpulan penutur tertentu. Semua bahasa hidup berubah mengikut masa. Variasi dalam bahasa berpunca daripada faktor-faktor geografi dan sosial. | UMUM | |
ORANG CELT | Orang Celt ialah orang, atau keturunan mereka yang menjadi penutur asal bahasa Celtik. Bahasa Celtik, yang meliputi bahasa Breton, Cornish, Ireland, Wales, dan Gaelik Scotland, membentuk suatu cabang rumpun bahasa Indo-Eropah. | UMUM | |
SENI PIDATO | Seni pidato ialah seni kemahiran bercakap. Ia juga dikenali sebagai retorik . Pemidato ialah penutur yang cuba mempengaruhi pendengar dengan ucapan yang petah. Pemidato mengikut peraturan seni berpidato. | UMUM | |
MELAYU | MELAYU, nama khas bagi satu kelompok suku bangsa di sekitar Kepulauan Melayu ataupun nama am bagi pelbagai kelompok serumpun bahasa di kalangan kelompok Bahasa Melayu-Polinesia (Austronesia). Sebagai nama khas, kelompok suku bangsa ini mendiami wilayah-wilayah Semenanjung Tahan Melayu, Singapura, selatan Thailand, pesisir timur Pulau Sumatera, pesisir Pulau Borneo dan wilayah-wilayah lain di Kepulauan Melayu (Nusantara) serta kawasan penghijrahan mereka di seluruh dunia. Mereka adalah penutur teras bahasa Melayu. Sebagai kelompok am, bangsa Melayu terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang juga menjadi penutur bahasa Melayu dan penutur bahasa-bahasa rumpun Melayu. Mereka terdiri daripada semua suku bangsa di seluruh Alam Melayu-dari Filipina hingga ke Irian, Sumatera dan Kemboja. Dalam pengertian yang lebih luas, Melayu merangkumi semua penutur bahasa Melayu dalam kelompok Bahasa Melayu-Polinesia | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
DIALEK MELAYU DI KALIMANTAN | DIALEK MELAYU DI KALIMANTAN, dialek yang dituturkan oleh penduduk Pulau Borneo yang luas dan terbahagi atas tiga negara: Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Di kawasan negara-negara itu, bahasa Melayu sudah dinyatakan sebagai bahasa kebangsaan. Selain sebagai bahasa rasmi dan baku oleh seluruh masyarakat, baik Melayu mahupun Modang, Melanau atau Cina, terdapat banyak dialek Melayu yang dituturkan di Pulau Borneo. Penutur-penutur pelbagai dialek ini berbahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Di samping bahasa Melayu yang baku, mereka bertutur sehari-hari dalam dialek Melayu daerah masing-masing. | BAHASA | Bahasa |
BUTHELEZI, MANGOSUTHU GATSHA | Buthelezi, Mangosuthu Gatsha (1928– ) ialah pemimpin politik yang penting di Afrika Selatan. Sebagai ketua Parti Kebebasan Inkatha yang dikuasai oleh kaum Zulu, Buthelezi menggunakan pengaruhnya terhadap penutur bahasa Zulu. | UMUM | |
TERAPI PERTUTURAN | Terapi pertuturan ialah rawatan masalah dan gangguan pertuturan. Pakar dalam profesion terapi pertuturan berusaha untuk membantu kanak-kanak dan orang dewasa yang pertuturannya mengganggu komunikasi, menuntut perhatian, dan mengecewakan kedua-dua penutur dan pendengar. Pakar ini, yang dikenali sebagai ahli terapi pertuturan, menilai dan membetulkan pertuturan cacat dan mengajar kemahiran bertutur yang baru. Bidang terapi pertuturan sering dinamakan patologi pertuturan, dan ahli terapi pertuturan kadangkala dikenali juga sebagai ahli patologi pertuturan bahasa, atau klinisian pertuturan. | UMUM | |
RAGAM BAHASA MELAYU | RAGAM BAHASA MELAYU, variasi bahasa yang digunakan secara berbeza-beza berdasarkan topik yang dipertakatan; berasaskan kumpulan penutur dan pada situasi pembicaraan yang berlainan. Ragam bahasa berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain, atau antara suatu kolompok masyarakat dengan kelompok masyarakat yang lain. Perbezaan ini disebabkan oleh perbezaan latar belakang dan pengalaman penutur yang mempengaruhi perkembangan bahasanya. | BAHASA | Bahasa |