PENYAIR TASIK | | UMUM | |
PENYAIR METAFIZIK | | UMUM | |
SKALD | Skald ialah perkataan dalam bahasa Iceland yang bermaksud penyair, yang merujuk kepada penyair Scandinavia pada Zaman Pertengahan. Dari tahun 900-an hingga tahun 1200-an, kebanyakan penyair istana di Scandinavia berasal dari Iceland. Kebanyakan puisi skald memuliakan pemimpin yang berkhidmat dengan skald. Banyak daripada puisi ini atau sebahagiannya dipelihara dalam sagas Iceland tahun 1100-an dan 1200-an. Puisi skald sangat kompleks bentuknya. Ia mempunyai pola aliterasi (persamaan rima dengan pengulangan bunyi yang pertama) yang terkawal dan konsonan (sejenis rima antara suku kata yang mengandungi vokal yang berbeza tetapi berakhir dengan konsonan yang sama). Puisi skald juga menggunakan sejenis metafora luasan yang disebut sebagai kenning. Lihat juga Edda; Saga. | UMUM | |
SAPPHO | Sappho ialah penyair wanita Yunani yang hidup pada tahun 600 S.M. Plato menamakannya sebagai Tenth Muse , dan dia dianggap penyair wanita terpenting dunia yang pernah diketahui. Daripada karya puisinya, hanya dua puisi lirik yang pendek dan beberapa baris yang masih wujud, yang dipetik oleh pengkritik dan pakar tatabahasa. Ini menunjukkan emosi yang hebat tetapi terkawal dalam bahasa yang nampak seperti semula jadi. Puisi-puisi kemudiannya, terutama puisi oleh penyair Yunani Catullus dan Horace, meniru pola irama khusus Sappho, yang dikenali sebagai Sapphic . Sappho tinggal di Mitylene (kini Mitilini) di Pulau Lesbos, menjadi ketua kepada sekumpulan wanita muda yang menjadi pengikutnya. Dia berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Cleis. | UMUM | |
NERUDA, PABLO | Neruda, Pablo (1904–1973), penyair Chile, menerima Hadiah Nobel bagi bidang kesusasteraan pada tahun 1971. Kebanyakan pengkritik menganggap Neruda sebagai penyair Amerika-Latin yang terbaik pada zamannya. Dia menggunakan fahaman surealisme, keganasan, imej bawah sedar dan simbol peribadi yang tinggi sehingga menjadikan puisinya kadangkala sukar untuk difahami. Hasil kerjanya adalah berhubung dengan deria kelam-kabut sejagat. | UMUM | |
TENNYSON, LORD | Tennyson, Lord (1809–1892), atau nama sebenarnya Alfred Tennyson ialah penyair Inggeris yang amat penting pada tahun 1800-an. Dia menggantikan William Wordsworth sebagai penyair negara di United Kingdom pada tahun 1850. Tennyson memperoleh kedudukan dalam kesusasteraan kerana bakat semula jadinya yang luar biasa, dan dedikasi sepanjang kerjayanya yang begitu lama berusaha ke arah mencapai kecemerlangan seni. Kini, Tennyson dipandang tinggi sebagai penyair agung negara dan sebagai salah seorang ahli seni yang terulung dalam bahasa Inggeris. | UMUM | |
ALEIXANDRE, VICENTE | Aleixandre, Vicente (1898–1984), penyair Sepanyol yang pernah menerima Hadiah Nobel pada tahun 1977 dalam bidang kesusasteraan. Karyanya telah mempengaruhi penyair Sepanyol yang lain untuk tempoh lebih 50 tahun. | UMUM | |
PUJANG G A | Pujang g a ialah penyair zaman dahulu. Pujangga yang paling masyhur tinggal di Kawasan Celt seperti Ireland, Scotland, dan Wales pada Zaman Pertengahan. Mereka merupakan penyair profesional yang bersyair tentang wira negara, biasanya mempersendakan mereka melalui satira. Pada umumnya pujangga bersyair dengan iringan hap atau alat muzik bertali yang lain. Mereka menurunkan bahan mereka daripada seorang pujangga kepada seorang pujangga yang lain. Pujangga menggunakan teknik puisi seperti aliterasi dan rima dalaman. Menjelang tahun 1700- an, pujangga Celt tidak lagi merupakan tokoh budaya yang utama. Tradisi pujangga kini hanya dapat bertahan dalam pesta rakyat, seperti eisteddfod di Wales. | UMUM | |
YEATS, WILLIAM BUTLER | Yeats, William Butler (1865–1939), penyair dan dramatis Ireland, menerima Hadiah Nobel pada tahun 1923 dalam bidang kesusasteraan. Banyak pengkritik menganggap Yeats seorang penyair yang paling hebat pada zamannya. | UMUM | |
SHAKESPEARE, WILLIAM | Shakespeare, William (1564–1616) ialah penulis drama dan penyair Inggeris. Dia umumnya dianggap sebagai dramatis agung yang pernah diketahui dunia dan penyair terbaik yang menulis dalam bahasa Inggeris. Shakespeare merupakan seorang pengarang paling masyhur di dunia. Tidak ada penulis lain yang dramanya telah dihasilkan begitu banyak kali atau dibaca begitu meluas di terlalu banyak negara. | UMUM | |