Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.man] | ڤڽامن

Definisi : sesuatu yg menyamankan (me­nyegarkan); ~ udara alat yg mengawal kelembapan dan suhu di dlm sesebuah bilik, bangunan, kenderaan dsb utk menghasilkan udara yg kering, sejuk dan nyaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.man] | ڤڽامن

Definisi : sesuatu yg menya­mankan: ~ udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyaman


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERMOSTAT

Termostat ialah alat yang membantu

mengawal suhu sesuatu kawasan di dalam rumah

atau sesuatu peralatan. Termostat digunakan

dalam banyak jenis peralatan termasuk

penyaman udara, pemanas, selimut elektrik,

ketuhar dan peti sejuk.

UMUM 
MOTOR ELEKTRIK

Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan

tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal untuk

melakukan kerja. Motor elektrik digunakan untuk

menggerakkan pelbagai mesin dan jentera. Mesin

basuh, penyaman udara dan pembersih vakum

termasuk motor elektrik, begitu juga pengering

rambut, mesin jahit dan penggerudi elektrik dan

gergaji elektrik. Pelbagai jenis motor

menggerakkan peralatan mesin, robot dan lain-lain

kelengkapan untuk membolehkan kilang

berjalan lancar.

UMUM 
ANTIMONI

Antimoni, unsur kimia, ialah logam yang rapuh,

berwarna putih kebiru-biruan. Ia digunakan untuk

mengeraskan dan menguatkan plumbum. Aloi

antimoni – plumbum digunakan dalam sesetengah

kabel elektrik, bateri, dan logam huruf taip dalam

percetakan. Sebatian yang mengandungi antimoni

digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan yang

digunakan dalam peti sejuk, penyaman udara,

penyembur aerosol, cat, dan agen pengalis api.

UMUM 

Kembali ke atas