| MU'JAM AL-SHU'ARA' | Mu’jam al-Shu‘ara’ ialah antara hasil penyusunan penulisan tahun keempat Hijrah. Ia disusun oleh Abu ‘Ubaydullah Muhammad ibn ‘Imran al-Marzabaniy (meninggal dunia tahun 384 H. bersamaan 994 M.). Dia berasal dari Khurasan dan dibesarkan di Baghdad. Kepakarannya adalah dalam bidang penyampaian sastera dan berita. Namanya terkenal melalui buku al-Muwashshah dan Mu’jam al-Shu‘ara’. | UMUM | |
| GAMBAR RAJAH VENN | Gambar rajah Venn, ilustrasi yang digunakan dalam bidang matematik sebagai salah satu cara penyampaian dan penyelesaian set. Ia diperkenalkan oleh John Venn, ahli matematik dan falsafah Inggeris. | MATEMATIK | Konsep |
| TUK SELAMPIT | TUK SELAMPIT, tukang cerita atau penglipur lara di Kelantan. Di tempat-tempat tertentu ia dikenal juga dengan panggilan raja dera, kerana kebanyakan tuk selampit gemar membawa cerita sedih tentang seorang raja yang didera. Cerita yang disampaikan oleh tuk selampit kadangkala merupakan adunan cerita makyung dan menora. Ada juga cerita yang dipetik daripada main peteri. Malah penceritaan tuk selampit memperlihatkan gaya yang merupakan campuran gaya penyampaian makyung, menora, wayang kulit dan main peteri. Hal ini tidak dapat dielak memandangkan semua seni pentas tradisi ini berasal dari kawasan yang sama dan berkembang. | BUDAYA | Jawatan/Gelaran |