DE LOS ANGELES, VICTORIA | De los Angeles, Victoria (1923– ) ialah soprano lirik wanita Sepanyol yang mendapat perhatian antarabangsa sebagai seorang penyanyi opera, penyanyi resital dan penyanyi solo orkestra. | UMUM | |
ORATORIO | Oratorio ialah gubahan muzik dramatik untuk penyanyi. Kebanyakan oratorio adalah berdasarkan cerita keagamaan. Ia dipersembahkan oleh penyanyi solo, korus dan satu orkestra tanpa sebarang lakonan, kostum atau latar belakang pentas. Penyanyi solo menggambarkan pelbagai watak dalam cerita, tetapi korus menonjolkan peranan utama. Walaupun tidak terdapat lakonan atau latar belakang, kesan teater seperti api dan ribut boleh dilakukan oleh penyanyi dan orkestra. Kebanyakan oratorio mempunyai seorang pencerita yang memperkenalkan penyanyi solo dan memberi maklumat lanjut tentang cerita. | UMUM | |
ANDERSON, MARIAN | Anderson, Marian (1897–1993), penyanyi contralto Amerika. Kejayaannya bermula sebagai penyanyi konsert. Pada tahun 1955, Anderson menjadi penyanyi solo wanita kulit hitam yang pertama yang menyanyi dengan Opera Metropolitan New York City. Konduktor terkenal, Arturo Toscanini memuji suaranya sebagai “sesuatu yang diperoleh sekali dalam masa 100 tahun”. | UMUM | |
DOMINGO, PLACIDO | Domingo, Placido (1941– ) ialah penyanyi tenor Sepanyol, menjadi penyanyi opera yang sangat popular pada tahun 1900-an. | UMUM | |
PAPITA | PAPITA, persatuan penyanyi. PAPITA ialah singkatan Persatuan Penyanyi-Penyanyi Tanah Air. Persatuan ini ditubuhkan pada 18 Disember 1977. | BUDAYA | Kegiatan |
TE KANAWA, DAME KIRI | Te Kanawa, Dame Kiri (1944– ), penyanyi opera New Zealand, salah seorang penyanyi soprano yang paling disanjung di dunia. Dia telah menyanyikan peranan utama dalam opera karya penggubah seperti Wolfgang Amadeus Mozart, Giacomo Puccini, Giuseppe Verdi, Georges Bizet, dan Richard Strauss. | UMUM | |
AUTRY, GENE | Autry, Gene (1907–1998), penyanyi, pelakon, penulis lagu, dan eksekutif perniagaan Amerika. Dia menjadi terkenal kerana peranannya sebagai seorang penyanyi koboi di dalam filem-filem Barat dari tahun 1930-an hingga tahun 1950-an. Orvon Gene Autry lahir di Tioga, berdekatan Pilot Point, Texas, Amerika Syarikat. Dia mula merakamkan lagu- lagu koboi pada tahun 1929 dan mencipta rekod kegemaran ramai “That Silver-Haired Daddy of Mine”, buat kali pertamanya, pada tahun 1931. Autry menulis lebih daripada 250 buah lagu, termasuk yang menjadi kegemaran ramai seperti “Tears on My Pillow” (1941) dan “Here Comes Santa Claus” (1947). Dia juga membuat rakaman popular lagu “Back in the Saddle Again” (1939), “Rudolph the Red- Nosed Reindeer” (1949), “Frosty the Snowman“ (1950) dan “Peter Cottontail” (1950). | UMUM | |
NILSSON, BIRGIT | Nilsson, Birgit (1918– ), penyanyi soprano Sweden yang terkenal. Dia terkenal kerana suaranya yang bertenaga dan jelas. Pengkritik menganggap Nilsson sebagai salah seorang penyanyi terbaik yang berperanan sebagai watak utama dalam opera Richard Wagner. Persembahannya sebagai pelakon wanita utama dalam opera Wagner, Isolde dan Brünnhilde menjadi ukuran pada masa itu. | UMUM | |
EVANS, SIR GERAINT | Evans, Sir Geraint (1922–1992), penyanyi suara bariton dari Wales yang menempah kejayaan antarabangsa sebagai penyanyi opera melalui suara dan kebolehannya berlakon. | UMUM | |
TENOR | Tenor ialah suara nyanyian kedua tertinggi bagi lelaki. Hanya penyanyi lelaki yang menyanyi dengan nada suara countertenor (kontralto) sahaja yang dapat menyanyi dengan nada yang lebih tinggi. Kebanyakan penyanyi tenor mempunyai julat suara antara lebih kurang satu oktaf di bawah C tengah hingga ke B flat di atas C tengah. C tengah ialah not C yang berada paling dekat dengan bahagian tengah not nada piano. Kebanyakan penyanyi tenor opera khususnya dalam bidang drama dapat menyanyikan not yang lebih tinggi daripada julat normal yang paling atas. | UMUM | |