Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.ta] | ڤڽات

Definisi : sesuatu yg dinyatakan secara rasmi, permakluman rasmi, keterangan bertulis tentang sesuatu: setelah mengetahui untung rugi perniagaan dlm sesuatu masa itu, maka perlulah disiapkan pula satu ~; ~ kira-kira penyata (keterangan) yg menjelaskan ke­dudukan kira-kira; ~ tahunan laporan ta­hunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.ta] | ڤڽات

Definisi : yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AYAT PENYATA

Ayat penyata ialah ayat yang memberikan maklumat, menyatakan fakta atau memberikan jawapan.

BAHASAKonsep
PERCETAKAN

Percetakan ialah satu daripada media

komunikasi massa yang amat penting, seiring

dengan radio, televisyen, dan filem. Percetakan

menjadi asas kepada kebanyakan sistem

pendidikan kita. Perniagaan moden bergantung

pada percetakan untuk semua perkara, daripada

slip penyata jualan kepada wang dan sijil saham.

Pengiklanan bergantung sebahagiannya pada

percetakan untuk menjual barangan.

UMUM 
O.K.K. PANGERAN HAJI OMAR

O.K.K. PANGERAN HAJI OMAR (  ?  -  ?  )., Ketua Anak Negeri (1915 – 1919). Dia adalah keturunan Melayu Brunei yang menjadi ketua tradisional di daerah Sipitang, Sabah. Kepemimpinannya telah mendapat pengiktirafan Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang kemudian melantiknya sebagai Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K.). Dia mewakili seluruh wilayah South Keppel (Putatan-Papar) dalam Majlis Pemasihat Ketua-ketua Anak Negeri dari tahun 1915 hingga tahun 1917. Tugas utamanya untuk menyimpan rekod yang berkaitan dengan kes peribumi dan penyata cukai serta pemindahan milik tanah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas