PENYEBARAN BAHASA MELAYU | PENYEBARAN BAHASA MELAYU, pengembangan bahasa Melayu yang dilakukan oleh orang Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa Melayu Proto dan kemudian Melayu Deutero. Mengikut kajian arkeologi dan rekonstruksi bahasa serta perbandingan bahasa, bangsa dan bahasa Melayu ini berasal dari barat daya negara China dan kemudian berpindah ke selatan iaitu ke Semenanjung Tanah Melayu, Kalimantan dan seterusnya ke daerah lain di Nusantara. | BAHASA | Kegiatan |
ALKIMIA | Alkimia ialah gabungan sains kuno, sihir dan falsafah mistik. Ia terkenal pada awal penyebaran agama Kristian sehinggalah kira-kira pada tahun 1700. Alkimia mencuba mengubah logam yang tidak bernilai menjadi perak dan emas. | UMUM | |
SURUHANJAYA PASIFIK SELATAN | Suruhanjaya Pasifik Selatan ialah pertubuhan antarabangsa yang memberi bantuan khidmat nasihat teknikal, latihan, dan penyebaran maklumat dalam bidang sosial, ekonomi, dan kebudayaan kepada 22 buah pentadbiran kerajaan. Negara-negara ini terdiri daripada Samoa Amerika, Kepulauan Cook, Persekutuan Negeri Micronesia, Fiji, Polinesia Perancis, Guam, Kiribati, Kepulauan Marshall, Nauru, New Caledonia, Niue, Kepulauan Mariana Utara, Palau, Papua New Guinea, Kepulauan Pitcairn, Kepulauan Solomon, Tokelau, Tonga, Tuvalu, Vanuatu, Wallis dan Futuna, dan Samoa Barat. | UMUM | |
SANGER, MARGARET | Sanger, Margaret (1883–1966) ialah pemimpin wanita gerakan kawalan kelahiran di Amerika Syarikat dalam awal tahun 1900-an. Pada waktu itu penyebaran maklumat atau alat kawalan kelahiran di Amerika Syarikat adalah menyalahi undang-undang. Sanger percaya bahawa orang perempuan sepatutnya mempunyai persamaan ekonomi dan sosial dengan orang lelaki. Untuk mencapai persamaan tersebut, dia berpendapat bahawa orang perempuan perlu mengelakkan kehamilan yang tidak dikehendaki. Sanger menubuhkan pertubuhan yang kemudiannya menjadi Persekutuan Keibubapaan Terancang Amerika (Planned Parenthood Federation of America), iaitu organisasi kawalan kelahiran yang utama di Amerika. Sanger mencipta istilah kawalan kelahiran yang dahulunya diken ali sebagai keibuan sukarela . | UMUM | |
KECAPAHAN | Kecapahan, penyerakan atau penyebaran ke luar atau pada arah yang pelbagai. | MATEMATIK | Konsep |
PKM | PKM, parti politik kiri. PKM ialah singkatan Parti Komunis Malaya. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1930 di Singapura. Usaha penyebaran ideologi komunis di kalangan orang Cina di Singapura dan di Tanah Melayu telah dimulakan sejak tahun 1921. penyebaran ideologi ini dilakukan melalui cawangan Kuomintang, sekolah Cina, risalah dan buku ideologi komunis. Beberapa orang tokoh komunis seperti Alimin, Tan Malaka, Darsono dan Sneevliet telah melawat dan tinggal buat sementara di Singapura. Dengan itu, penubuhan PKM kuat dipengaruhi oleh Parti Komunis di Negeri China dan gerakan Komunis Antarabangsa (Comintern) yang diselenggarakan oleh Rusia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
REED, WALTER | Reed, Walter (1851–1902) ialah pegawai perubatan Tentera Darat Amerika Syarikat, membantu menunjukkan cara mengawal demam kepialu dan demam kuning. Semasa Perang Sepanyol–Amerika pada tahun 1898, dia mengetuai sebuah suruhanjaya yang mengkaji punca dan penyebaran demam kepialu di kem-kem Tentera Darat. Eksperimen menunjukkan bahawa lalat merupakan pembawa jangkitan yang utama, dan habuk serta keadaan yang tidak bersih membantu penyebarkannya. | UMUM | |
SERAPIS | Serapis ialah dewa yang tiba-tiba menjadi popular di Mesir pada tahun 300-an S.M. Pemerintah Ptolemaic di Mesir bermula dengan Ptolemy I pada tahun 323 S.M., telah membina sebuah kuil yang sangat indah untuk Serapis dan menggalakkan penyebaran fahamannya di seluruh dunia Mediterranean. Serapis menggabungkan watak Mesir dan Yunani. Di Alexandria, dia digambarkan sebagai dewa yang menduduki takhta yang merupakan lambang diraja seperti Zeus, raja segala dewa Yunani. Serapis ialah dewa alam ghaib, dikaitkan dengan Isis, dewi Mesir yang popular. Selain itu, Serapis bertindak sebagai pemilik Sungai Nil yang memberikan kesuburan. Dia melindungi golongan yang bekerja di laut, memberikan ilham tentang ramalan, menyembuhkan pesakit, dan memerintah seluruh alam semesta seperti Zeus. Serapis memiliki banyak watak Mesirnya daripada fahaman Osiris-Apis di Memphis. Nama Serapis mungkin merupakan gabungan antara Osiris dengan Apis. Osiris, suami Isis, ialah dewa kesuburan dan dewa alam ghaib. Apis pula merupakan bentuk duniawi Osiris dalam lambang lembu jantan. | UMUM | |
TAWNEY, RICHARD HENRY | Tawney, Richard Henry (1880–1962) ialah ahli sejarah dan ahli falsafah sosial British yang ternama. Karyanya yang paling masyhur, Religion and the Rise of Capitalisme (1926) yang mengaitkan pertumbuhan ekonomi pada tahun 1500-an dan tahun 1600-an hingga penyebaran Protestanisme. | UMUM | |
SISTEM PENYIARAN MALAYSIA | SISTEM PENYIARAN MALAYSIA, sistem penyebaran maklumat di Malaysia. Sistem penyiaran di Malaysia mengambil kira faktor politik, ekonomi, sosial dan teknologi telekomunikasi dan penyiaran. Sejarah menunjukkan bahawa bidang penyiaran di Malaysia bermula dengan radio wayarles yang diterokai dan dipengaruhi British pada dekad 1920-an. Bermula sebagai hobi di kalangan peminat radio amatur British dan sekumpulan rakyat tempatan, akhirnya menjadi suatu industri yang berkembang pesat selari dengan kehendak pasaran serta evolusi teknologi komunikasi mutakhir. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |