Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.le.saian] | ڤڽلساين

Definisi : perbuatan menyelesaikan (mem­-bereskan dll) sesuatu: mencari ~ secara damai utk memulihkan keamanan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.le.saian] | ڤڽلساين

Definisi : 1 perbuatan atau hal menyelesaikan: ~ politik dgn menubuh­kan Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu. 2 cara atau kaedah dlm ilmu matematik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesai (adjektif)
1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid,
Berantonim dengan berterusan

3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik,
Berantonim dengan banyak

4. Dalam konteks tutur kata
bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas,
Berantonim dengan kabur

Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENYELESAIAN PERUNDANGANPenyelesaian pertikaian melalui peruntukan undang-undang.UNDANG-UNDANGKonsep
PENYELESAIAN DIPLOMATIKPenyelesaian masalah tertentu melalui rundingan diplomatik.UNDANG-UNDANGKonsep
PERJANJIAN DAMAI UTRECHT

Perjanjian Damai Utrecht merupakan salah

satu penyelesaian damai antarabangsa yang paling

besar dalam sejarah. Ia menamatkan Perang Rebut

Takhta Sepanyol (1701–1714) dan mengasaskan satu

keseimbangan kuasa di Eropah. Penyelesaian

tersebut meliputi Perjanjian Utrecht, Perjanjian

Rastatt dan Perjanjian Baden.

UMUM 
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA AMERIKA

Pertubuhan Negara-negara Amerika

(Organization of American States (OAS)) ialah

persatuan 35 buah negara Amerika. OAS bertujuan

menyediakan pertahanan diri secara kolektif,

kerjasama kedaerahan dan penyelesaian kontroversi

secara aman. Prinsip yang dijadikan panduan oleh

kumpulan ini termasuk kepercayaan kepada nilai

undang-undang antarabangsa, keadilan sosial,

kerjasama ekonomi, dan kesamaan hak bagi semua

penduduk. Piagam OAS juga menyatakan bahawa

tindakan serangan terhadap satu negara Amerika

dianggap sebagai tindakan serangan terhadap semua

negara.

UMUM 
PAKATAN KEAMANAN KELLOGG-BRIAND

Pakatan Keamanan Kellogg-Briand yang

juga dikenali sebagai “Pakatan Paris”, yang

mengutuk keputusan berperang sebagai cara

menyelesaikan masalah antarabangsa, dan

menyeru jalan penyelesaian secara aman.

UMUM 
PERSIDANGAN LOCARNO

Persidangan Locarno, menghasilkan Pakatan

Keselamatan Rhineland dan enam perjanjian lain.

Pada bulan Oktober 1925, perwakilan daripada tujuh

buah negara Eropah bertemu di Locarno, Switzerland

untuk membincangkan rancangan mengekalkan

keamanan di Eropah. Belgium, Czechoslovakia,

Perancis, Jerman, Britain, Itali dan Poland menghantar

wakil ke persidangan tersebut. Masalah yang paling

penting dalam persidangan ini adalah untuk mencari

penyelesaian antara Perancis dengan Jerman. Selepas

Perang Dunia I, pertama kali persidangan itu

menerima Jerman sebagai sebuah negara sahabat.

Apabila persidangan ini tamat pada 16 Oktober 1925,

para perwakilan bersetuju menandatangani tujuh

perjanjian.

UMUM 
THORNDIKE, EDWARD LEE

Thorndike, Edward Lee (1874–1949) ialah ahli

psikologi pendidikan Amerika yang memberikan

sumbangan yang besar dalam kajian pembelajaran,

pengajaran dan ujian mental. Thorndike mencipta

kotak teka-teki untuk menyiasat bagaimana haiwan

seperti anjing dan kucing menyelesaikan masalah.

Daripada kajiannya, dia mendapati bahawa haiwan

tersebut biasanya akan mengulangi pergerakan

yang berjaya sahaja. Cara ini membolehkan haiwan

berkenaan mencapai penyelesaian akhir dengan

cepat.

UMUM 
SHULTZ, GEORGE PRATT

Shultz, George Pratt (1920– ), berkhidmat sebagai Setiausaha

negara dalam pentadbiran Presiden Ronald Reagan dari tahun 1982 hingga

tahun 1989. Sebelum itu dia memegang beberapa

jawatan penting semasa berkhidmat dengan

Presiden Richard M. Nixon. Shultz juga berkhidmat

di Amerika Syarikat dan di luar negara sebagai

penasihat kerajaan dan kumpulan pengurusan dan

buruh. Sebagai penimbang tara dalam pertikaian

buruh, dia terkenal kerana sikap adilnya dan

keupayaannya mencari jalan penyelesaian.

UMUM 
GAMBAR RAJAH VENN

Gambar rajah Venn, ilustrasi yang digunakan dalam bidang matematik sebagai salah satu cara penyampaian dan penyelesaian set. Ia diperkenalkan oleh John Venn, ahli matematik dan falsafah Inggeris.

MATEMATIKKonsep
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA (1824)

Perjanjian Inggeris-Belanda (1824).

Perjanjian antara British dengan Belanda bagi

menyelesaikan masalah hubungan antara kedua-

duanya. Perjanjian ini ditandatangani pada bulan

Mac 1824. Masalah timbul apabila Singapura dan

pulau-pulau yang berhampiran dengannya diambil

oleh pihak British. Keadaan ini menyebabkan

timbulnya pertelagahan antara British dengan

Belanda. Britain juga bimbang jika pertelagahan

akan membawa kepada peperangan terbuka.

Suasana politik di Eropah ketika itu juga

menyebabkan kedua-dua pihak perlu mencari jalan

penyelesaian segera. Justeru itu, perjanjian ini

dimeterai.

UMUM 
12

Kembali ke atas