Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.li.di/] | ڤڽليديق

Definisi : 1. orang yg menyelidiki (mem­pelajari dgn sungguh-sungguh) sesuatu: Raja Ali Haji dapat dikatakan seorang ~ yg cermat; 2. pengintip, penyuluh, peluluk: komandan daerah gerila telah mengirim ~ ke segenap kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.li.di/] | ڤڽليديق

Definisi : 1 orang yg menyelidik atau mempelajari sesuatu dgn sungguh-sungguh: Dia bekerja sbg Pegawai ~ Kaji Tumbuh-tumbuhan di Pusat Penyelidikan Getah. 2 orang yg mengintip musuh; pengintip; penyuluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selidik
Kata Terbitan : menyelidik, penyelidikan, penyelidik,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WINDSTEDT, R.O.penysusun kamus, penyelidik dan penulis bahasa Melayu.BAHASATokoh
WILKINSON, R.J.penyusun kamus, penyelidik dan penulis bahasa Melayu.BAHASATokoh
SABIN, ALBERT BRUCE

Sabin, Albert Bruce (1906–1993), penyelidik

perubatan Amerika, yang menghasilkan vaksin

polio secara oral. Vaksin Sabin terdiri daripada

virus yang telah dilemahkan yang menyebabkan

polio. Ia melindungi badan daripada polio tanpa

menyebabkan penyakit.

UMUM 
ENDERS, JOHN FRANKLIN

Enders, John Franklin (1897–1985), penyelidik

bakteriologi Amerika. Dia berkongsi Hadiah Nobel

tahun 1954 untuk fisiologi dan perubatan bersama-sama

Frederick C. Robbins dan Thomas H. Weller.

UMUM 
BUSTANIY, BATRAS AL-

Bustaniy, Batras al- (1234–1300 H./1819–1883

M.) ialah pemikir dan penyelidik Lubnan. Beliau

ialah seorang tokoh kebangkitan kebudayaan

Arab pada abad ke-19.

UMUM 
KHURSHID AHMAD

Khurshid Ahmad (1343 H– /1924 M– ).

Khurshid ialah pengarang dan tokoh penyelidik

Islam. Dia ialah warganegara Pakistan.

UMUM 
THEILER

Theiler ialah nama keluarga bagi dua orang ahli

sains Afrika Selatan, iaitu bapa dan anak yang

menjadi terkenal di peringkat antarabangsa.

Sir Arnold Theiler (1867–1936) ialah penyelidik

sains veterinar. Onderstepoort di Afrika Selatan,

tempat Theiler mendirikan makmalnya, kini

mempunyai reputasi antarabangsa dalam sains

veterinar. Sir Arnold Theiler diberi penghormatan

sebagai pengasasnya.

UMUM 
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM)

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ialah

perpustakaan awam induk yang menyimpan

pelbagai khazanah ilmu dalam pelbagai bentuk dan

menyediakan perkhidmatan kepada pengguna,

pembaca dan penyelidik. Ia merupakan sebuah

Jabatan Kerajaan Persekutuan yang berperanan

merancang dan membangunkan prasarana

perpustakaan di seluruh negara.

UMUM 
BLAGDEN, C.O.BLAGDEN, C.O. (1864-1949), sarjana Inggeris dan penyelidik bahasa Melayu.  Dia lahir pada 6 September 1864.  Nama penuhnya ialah Charles Otto Blagden.  Dia telah melanjutkan pengajiannya di Corpus Christi College, Oxford.BAHASATokoh
SULASTIN SUTRISNO

SULASTIN SUTRISNO (1924 – 1996), sarjana dan penyelidik kesusasteraan Indonesia.  Dia lahir pada 23 November 1924 di Kediri, Indonesia.  Setelah tamat persekolahan rendah, menengah dan tinggi antara tahun 1937 hingga tahun 1945, dia meneruskan pengajiannya di universiti dan memperoleh ijazah pertama pada tahun 1950.  Pada tahun 1959, Sulastin memperoleh ijazah Sarjana Sastera Timur dari Fakultas Sastera dan Kebudayaan, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta.  Pada tahun 1970, dia mengikuti kursus Penataran Bahasa Belanda di Universitas Indonesia, Jakarta.  Dari tahun 1972 hingga tahun 1974, dia melanjutkan pengajiannya dalam bahasa Belanda dan Ilmu Filologi, di Universiti Leiden, Belanda.  Dia dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kesusasteraan oleh Universitas Gadjah Mada pada tahun 1979.  Disertasinya yang berjudul Hikayat Hang Tuah: Analisa Struktur dan Fungsi diterbitkan oleh Gadjah Mada University Press pada tahun 1983.  Dia dilantik sebagai Profesor Ilmu Filologi oleh Universitas Gadjah Mada pada tahun 1981 dan memegang jawatan Dekan di Fakultas Sastera universiti yang sama untuk beberapa tahun.

SASTERATokoh
1234

Kembali ke atas