Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
selidik
Kata Terbitan : menyelidik, penyelidikan, penyelidik,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SITI HAWA HAJI SALLEH

SITI HAWA HAJI SALLEH (1940-       ), penyelidik kesusasteraan Melayu klasik.  Dia lahir pada 1 Mei 1940 di Alor Setar, Kedah.  Setelah mendapat pendidikan di Sultanah Asma School dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar, dia meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Melayu (1961-1963).  Dia mendapat ijazah sarjana dari universiti yang sama pada tahun 1966 dengan disertasi bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa: Suatu Kajian Teks.  Pada tahun 1971 hingga tahun 1995, dia berkhidmat di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia.  Dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari UKM pada tahun 1994.  Pada tahun yang sama, Siti Hawa dilantik sebagai profesor Kesusasteraan Melayu Tradisional di Jabatan Persuratan Melayu, UKM.  Setelah bersara wajib pada tahun 1995, dia meneruskan tugas di tempat yang sama sebagai profesor kontrak.

SASTERATokoh
ANIS SABIRIN

ANIS SABIRIN, (1936 -       ), penulis.  Dia lahir pada 1 Mac 1936 di Johor Bahru, Johor.  Anis mendapat pendidikan asas di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di University of Malaya, Singapura.  Pada tahun 1959, dia lulus ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian.  Anis memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang sains politik, ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi dari Claremont Graduate School, Amerika Syarikat pada tahun 1976.  Anis pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pegawai penyelidik setelah tamat pengajian dari University of Malaya, Singapura, hingga tahun 1967.  Anis berhijrah ke Amerika Syarikat apabila menerima tawaran biasiswa Fullbright pada tahun 1967.

SASTERAKonsep
PERSATUAN BAHASA MODEN MALAYSIA

PERSATUAN BAHASA MODEN MALAYSIA, persatuan bahasa.  Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur.  Persatuan ini dianggotai oleh penyelidik, guru dan pengamal berbagai-bagai-bagai bahasa moden yang ada dan diajarkan di beberapa insitutisi pendidikan di Malaysia, iaitu di Universiti, Institut Teknologi MARA, dan pusat-pusat pengajaran bahasa swasta.  Setakat ini bahasa yang di bawah naungan persatuan bahasa berkenaan ialah bahasa Arab, Belanda, Burma, Cina, Filipina, Iban, Inggeris, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Melayu, Perancis, Portugsi, Rusia, Sepanyol, Tamil Thai dan Urdu.  Pada 1 November 1989, keahliannya meluas di seluruh Semenanjung. Sabah dan Sarawak.

BAHASAPersatuan

Kembali ke atas