Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyem.ba.han] | ڤڽمبهن

Definisi : 1. perihal menyembah atau memuja; 2. pemujaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyem.ba.han] | ڤڽمبهن

Definisi : perbuatan atau hal menyembah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyembahan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENYEMBAHAN SYAITAN UMUM 
PENYEMBAHAN NENEK MOYANG UMUM 
PENYEMBAHAN HAIWAN UMUM 
NABI YUNUS A.S.

Nabi Yunus a.s. ialah nabi yang diutuskan oleh

Allah SWT kepada para penduduk Nairawi yang

mendiami kawasan Mosul di Iraq, iaitu tempat

tersebarnya penyembahan berhala. Nama sebenar

baginda ialah Yunus ibn Matta. Matta ialah nama ibu

Nabi Yunus a.s. Tiada seorang pun daripada para

rasul dinisbahkan kepada ibu mereka kecuali Nabi

Yunus a.s. dan Nabi Isa a.s. Nabi Yunus a.s. berasal

daripada Bani Israel keturunan Bunyamin iaitu salah

seorang anak Nabi Ya’kub a.s. yang juga saudara

kepada Nabi Yusuf a.s.

UMUM 
CHESA

Chesa ialah upacara penyembahan nenek moyang mengikut amalan Konfusianisme di Korea. Penyembahan ini merupakan penghormatan golongan muda terhadap golongan nenek moyang.

BUDAYAPerayaan/Upacara
SURAH AL-‘ANKABUT

Surah al-‘Ankabut ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-29 mengikut

susunan surah dalam al-Qur’an dan mengandungi

69 ayat. Ia dinamakan Surah al-‘Ankabut (Labahlabah)

kerana Allah S.W.T. membuat perbandingan

penyembahan kepada berhala yang dipahat dan

sangkaan berbilang tuhan dengan labah-labah,

sebagaimana yang disebutkan dalam ayat 41 yang

bermaksud:

“Misal bandingan orang-orang yang menjadikan

benda-benda yang lain daripada Allah sebagai

pelindung-pelindung (yang diharapkan

pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang

membuat sarang (untuk menjadi tempat

perlindungannya)...”.

(Surah al-‘Ankabut 29:41)

UMUM 
ABU AL-HAYTHAM IBN AL-TAYHAN

Abu al-Haytham ibn al-Tayhan ( ? –20 H./

? –641 M.), sahabat Rasulullah SAW daripada

golongan Ansar. Nama sebenarnya ialah Malik ibn

al-Tayhan. Dia berasal daripada keturunan kabilah

al-Aus iaitu salah satu kabilah yang terdapat di

Madinah. Walaupun dia dibesarkan pada zaman

Jahiliah tetapi dia amat membenci penyembahan

berhala. Dia berpegang pada agama tauhid. Oleh

sebab itu dia segera memeluk Islam dan

merupakan antara enam orang terawal menemui

Rasulullah SAW di Makkah dan beriman kepada

Baginda. Dia juga hadir dalam dua Bai’ah, iaitu

Bai’ah Aqabah I dan Bai’ah Aqabah II serta dilantik

sebagai salah seorang naqib.

UMUM 

Kembali ke atas