Sepit , juga dikenali sebagai penyepit, ialah perkakas yang digunakan di banyak negara Asia untuk memakan atau menghidangkan makanan. Kebanyakan makanan di negara-negara ini disajikan dalam ketul-ketul kecil, yang mudah dikendalikan dengan sepasang sepit. Nama Cina bagi sepit ialah kuaizi , iaitu permainan kata kuai , yang bermakna pantas dan juga ketul kecil. Perkataan Inggeris chopstick bagi sepit mungkin berasal daripada bahasa Inggeris pijin, iaitu dialek yang digunakan oleh pedagang awal di China. Chop bermakna pantas dalam bahasa Inggeris pijin. |