Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyé.wa] | ڤڽيوا

Definisi : 1. orang yg menyewa: di serambi rumah itu memang banyak disediakan kerusi utk ~ duduk-duduk mengambil angin waktu petang; 2. wang dll utk membayar sewa: wang ~ rumah; ~ kecil orang lain yg menyewa tanah, rumah dsb drpd penyewa utamanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyé.wa] | ڤڽيوا

Definisi : 1 orang yg menyewa. 2 wang dll utk membayar sewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyewa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENYEWA UMUM 
PAJAKAN

Pajakan ialah kontrak antara individu yang

mempunyai hak yang sah ke atas tanah atau harta lain

dengan penyewa harta berkenaan.

UMUM 
TENEMEN

Tenemen ialah satu istilah yang kerap digunakan untuk

menerangkan tentang rumah kediaman yang sesak lagi usang.

Tenemen juga merujuk kepada sebarang bangunan kediaman

yang disewakan kepada dua atau lebih keluarga atau

penyewa. Sebuah tenemen boleh merupakan sebuah

bangunan kediaman lama yang diubahsuai untuk

menempatkan keluarga yang berpendapatan rendah

dengan kemudahan yang kurang bermutu.

UMUM 
TANAH AWAM

Tanah awam ialah kawasan tanah terbuka yang

boleh digunakan bersama. Kini, kebanyakan orang

menggunakan tanah awam untuk rekreasi. Tetapi,

pada Zaman Pertengahan, di England, orang

menggunakan tanah awam untuk melepaskan haiwan

meragut rumput, untuk menebang pokok dan

menggali turf. Aktiviti ini dikenali sebagai hak

bersama. Tuan tanah memberi hak ini kepada

penyewa tanah di atas tanahnya, kerana tanah

penyewa sendiri hanya cukup untuk tanaman. Pada

tahun 1967, pendaftaran kesemua tanah bersama dan

pendaftaran kawasan hijau di bandar dan kampung

bermula.

UMUM 
PERANG CROFTER

Perang Crofter ialah satu siri rusuhan petani di

Scotland dari tahun 1882 hingga tahun 1888.

Ramai penduduk di Tanah Tinggi Scotland yang

tinggal di situ pada tahun-tahun sebelumnya telah

diusir secara sistematik daripada kawasan tanah

tengah oleh tuan tanah yang mahu

memperkenalkan penternakan biri-biri ke

kawasan itu. Mereka yang diusir telah membuka

petempatan di bidang tanah yang dikenali sebagai

croft. Banyak tanah croft ini terletak di pulau dan

ada yang masih wujud hingga kini. Kemudian,

tuan tanah mengambil lebih banyak tanah ladang

untuk tujuan memburu rusa, dan menembak

burung dan menghalau penyewa lain dengan

mengenakan tunggakan sewa. Tindakan ini

ditentang oleh penyewa tersebut.

UMUM 
SEWA MATI

SEWA MATI, sistem sewa yang tetap dan tidak boleh diubah dalam pembahagian hasil tanaman.  Jika perlu, penyewa terpaksa menyerahkan semua hasil tanaman atau terpaksa membeli daripada sumber lain untuk mencukupkan jumlah sewa yang telah ditetapkan.  Di sesetengah tempat, sistem sewa mati ini dikenal juga dengan nama sistem pajak.

BUDAYASistem
SEWA HIDUP

SEWA HIDUP, sistem sewa dalam pembahagian hasil pertanian yang membolehkan peraturan atau persetujuan yang dibuat boleh diubah-buah, jika timbul keperluan penyewa atau pemilik tanah.  Sistem sewa ini diamalkan oleh masyarakat Melayu luar bandar. 

BUDAYASistem

Kembali ke atas