Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyiar] | ڤڽيار

Definisi : 1. orang yg menyiarkan, pengem­bang (agama); 2. alat pemancar (radio dll); 3. penerbit dan penjual (buku dll); 4. petugas radio dan televisyen yg terlibat secara langsung dlm aktiviti penyiaran rancangan me­dia elektronik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyiar] | ڤڽيار

Definisi : orang yg menyiarkan: ~ berita; ~ agama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siar1
Kata Terbitan : menyiarkan, tersiar, siaran, penyiaran, penyiar,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RICE, TIM

Rice, Tim (1944– ), penulis dan penyiar British,

menjadi terkenal dengan usahasamanya bersama

Andrew Lloyd Webber yang menghasilkan lakon

muzikal Joseph and the Amazing Technicolour

Dreamcoat (1968), Jesus Christ, Superstar (1970), dan

Evita ! (1976).

UMUM 
ABRAHAMS, HAROLD MAURICE

Abrahams, Harold Maurice (1899–1978),

memegang rekod lompat jauh tempatan Inggeris

selama 32 tahun dengan lompatannya sejauh 7.378

meter, yang dibuat pada tahun 1924. Sebulan

kemudian, dia memenangi perlumbaan larian 100

meter di Paris, dalam masa yang menyamai rekod

10.6 saat. Abrahams lahir di Bedford dan menuntut

di Cambridge University. Pada tahun 1924, dia

memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai

penyiar, wartawan, ahli statistik, dan kemudian

pentadbir atletik.

UMUM 
PULAU MIDWAY

Pulau Midway terletak 2090 kilometer ke barat

laut Honolulu di Lautan Pasifik. Pulau ini terdiri

daripada dua buah pulau di atol yang berukuran

diameter 10 kilometer. Luas kawasannya ialah lima

kilometer persegi dan panjang pesisir pantainya

kira-kira 30 kilometer. Midway mempunyai

penduduk seramai 470 orang. Amerika Syarikat

menjumpai Pulau Midway pada tahun 1859 dan

mengilhakkannya pada tahun 1867. Beberapa buah

syarikat Amerika Syarikat membina satu stesen

kabel penyiar pada tahun 1903 dan lapangan

terbang pada tahun 1935. Kepulauan tersebut

dikawal oleh Jabatan Tentera Laut Amerika

Syarikat.

UMUM 

Kembali ke atas