SISTEM PENYIARAN MALAYSIA | SISTEM PENYIARAN MALAYSIA, sistem penyebaran maklumat di Malaysia. Sistem penyiaran di Malaysia mengambil kira faktor politik, ekonomi, sosial dan teknologi telekomunikasi dan penyiaran. Sejarah menunjukkan bahawa bidang penyiaran di Malaysia bermula dengan radio wayarles yang diterokai dan dipengaruhi British pada dekad 1920-an. Bermula sebagai hobi di kalangan peminat radio amatur British dan sekumpulan rakyat tempatan, akhirnya menjadi suatu industri yang berkembang pesat selari dengan kehendak pasaran serta evolusi teknologi komunikasi mutakhir. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PERBADANAN PENYIARAN BRITISH | Perbadanan Penyiaran British lihat British Broadcasting Corporation (BBC). | UMUM | |
PERBADANAN PENYIARAN AUSTRALIA | Perbadanan Penyiaran Australia lihat Australian Broadcasting Corporation (ABC). | UMUM | |
RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA (RTM) | sebuah stesen penyiaran milik kerajaan. RTM diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran, Kemeterian Penerangan Malaysia | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
DE FOREST, LEE | De Forest, Lee (1873–1961) ialah pencipta Amerika yang mempelopori telegraf wayarles dan penyiaran radio. Dia memperoleh paten untuk lebih daripada 300 ciptaan. Dia mempatenkan tiub vakum yang dikenali sebagai triod atau audion, pada tahun 1907. Ciptaan ini dianggap sama penting dengan ciptaan radio itu sendiri (lihat Tiub vakum). | UMUM | |
RTM | RTM, sebuah stesen penyiaran milik kerajaan. RTM ialah singkatan Radio dan Televisyen Malaysia. RTM diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia. RTM mempunyai 29 stesen radio dan dua saluran televisyen iaitu TV1 (Saluran Perdana) dan TV (Saluran Emas). | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
SHARIFAH AINI, DATO’ | Sharifah Aini, Dato’ (1953– ) ialah penyanyi Malaysia . Nama sebenarnya ialah Sharifah Aini binti Syed Jaafar. Dia lahir di Singapura pada 2 Julai 1953 dan mendapat pendidikan awal di Johor Bahru. Dia mula menyanyi ketika berumur tujuh tahun dan penglibatannya secara aktif dalam bidang ini bermula pada tahun 1969 apabila menyertai pertandingan nyanyian anjuran Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC). Dalam pertandingan itu Sharifah Aini berjaya mendapat tempat kedua. | UMUM | |
SUARA MALAYSIA | SUARA MALAYSIA, rancangan penyiaran khas untuk pendengar di luar Malaysia. Suara Malaysia ditubuhkan sebagai Suara Malaya pada 15 Februari 1963. terdapat tiga perkhidmatan pada peringkat permulaan, iaitu siaran bahasa Indonesia, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Setiap unit mengendalikan satu jam masa siaran sehari. Tujuan awal penubuhan Suara Malaysia adalah untuk membanteras propaganda anti-Malaysia dan dasar Konfrontasi Indonesia. Sambutan yang menggalakkan daripada pendengar di Indonesia menyebabkan Suara Malaysia menambah waktu siaran. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
DOL RAMLI, TAN SRI | Dol Ramli, Tan Sri (1922- ), tokoh penyiaran. Beliau juga adalah pencipta lagu Bahasa Jiwa Bangsa dan penulis lirik lagu Tanah Pusaka. | KESENIAN | Tokoh |