Suruhanjaya Diraja (Royal Commission) ialah badan yang dilantik oleh raja British bagi menjalankan sesuatu siasatan. Matlamatnya ditentukan oleh bidang kuasa yang diberikannya bagi sesuatu penyiasatan. Ia dianggotai oleh beberapa orang yang tidak dibayar gaji. Penyiasatan yang dilakukannya boleh merangkumi penguatkuasaan undang-undang, aduan, suasana yang wujud dalam industri atau hal-hal yang berkaitan pendidikan, dan sosial. Hasil siasatan dilaporkan kepada setiausaha dalam negeri. Suruhanjaya Diraja tidak boleh memaksa sesuatu dokumen atau sebarang bukti diberikan kepadanya kecuali ia mempunyai kuasa khusus yang diberikan oleh Akta Parlimen bagi tujuan tersebut. Di Australia dan New Zealand, pihak kerajaan akan meminta gabenor jeneral atau gabenor negeri untuk melantik seseorang bagi membentuk Suruhanjaya Diraja dan membuat laporan. |