Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perang, perjuangan, pertem­puran; medan ~ medan (tempat) berperang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keadaan (hal dsb) berlawan atau berkelahi dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata; kejadian berperang; pertempuran: Pujangga Amir Hamzah telah mencipta sebuah sajak yg mengisahkan ~ antara Melaka dgn Portugis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perang
Kata Terbitan : peperangan, berperang, memerangi, memerangkan, memperperangkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG TROJAN

Perang Trojan ialah peperangan Yunani

mengalahkan bandar Troy. Legenda peperangan

ini telah mengilhamkan banyak karya sastera

klasik yang terkemuka. Beberapa peristiwa yang

berlaku semasa dan selepas Perang Trojan menjadi

tema untuk tiga puisi epik yang agung – Iliad dan

Odyssey , ditulis oleh penyair Yunani, Homer, dan

Aeneid yang ditulis oleh penyair Rom, Virgil. Wira

dan mangsa peperangan dilambangkan dalam

tragedi-tragedi Yunani seperti Agamemnon oleh

Aeschylus, Ajax oleh Sophocles dan The Trojan

Women oleh Euripides.

UMUM 
PERANG 1812

Perang 1812 ialah peperangan antara Great

Britain (kini dikenali sebagai United Kingdom)

dengan Amerika Syarikat. Ia merupakan peperangan

aneh yang mungkin boleh dinamakan sebagai

Perang Kesilapan Komunikasi. Dua hari sebelum

perang diisytiharkan, kerajaan British menyatakan

bahawa ia akan memansuhkan undang-undang yang

menjadi sebab utama meletusnya pertempuran.

Sekiranya wujud komunikasi telegraf antara

Amerika dengan Eropah, peperangan itu mungkin

boleh dielakkan.

UMUM 
PERANG MANSURAH

Perang Mansurah , peperangan antara orang

Islam Mesir, di bawah pemerintahan al-Malik al-

Salih dengan orang Perancis, di bawah

pemerintahan Raja Louis IX, pemimpin tentera

Perang Salib ke-8 di Mesir. Peperangan ini

berlaku pada tahun 648 H./1250 M. Antara punca

tercetusnya peperangan ini ialah kerajaan Latin

yang diasaskan oleh Tentera Salib di Baitulmaqdis

hanya dapat bertahan selama lebih 88 tahun

selepas dikalahkan oleh Salah al-Din al-Ayyubi.

Oleh sebab itu, tentera Kristian berpatah balik ke

kubu pertahanan mereka semula dan semenjak itu

mereka menanti peluang untuk memecahkan

kekuatan tentera Islam Mesir di bawah kerajaan

Ayyubiyyah yang telah menghancurkan harapan

dan impian mereka selama ini.

UMUM 
SAINS KETENTERAAN

Sains ketenteraan ialah kajian saintifik

mengenai prinsip mengawal tatacara peperangan

dan penerangan prinsip-prinsip tersebut semasa

peperangan.

Rencana berkaitan dalam Ensiklopedia Dunia

termasuk:

Logistik Tentera darat Tentera udara

Perang Tentera laut

UMUM 
DAYAN, MOSHE

Dayan, Moshe (1915–1981) ialah tentera dan ahli

politik Israel berbangsa Yahudi. Dia memimpin

tentera Israel dalam peperangan pada tahun

1956. Peperangan tersebut melibatkan serangan

tiga penjuru terhadap Mesir dengan kerjasama

dari England dan Perancis. Dia juga memainkan

peranan penting dalam peperangan “Enam Hari”

menentang Mesir, Jordan dan Syria pada bulan

Jun 1967.

UMUM 
PERANG ORANG ASLI AMERIKA

Perang Orang Asli Amerika ialah

peperangan antara Orang Asli Amerika dengan

orang kulit putih untuk merebut kawasan tanah

subur di Amerika Syarikat. Peperangan ganas ini

dijadikan latar belakang pelbagai cerita dan

legenda tentang kehidupan dan perkembangan

di sempadan Amerika.

UMUM 
SHERWOOD, ROBERT EMMET

Sherwood, Robert Emmet (1896–1955),

penulis drama, wartawan, dan periwayat Amerika

yang menekankan keburukan peperangan dalam

penulisannya. Dramanya, iaitu Idiot’s Delight (1936)

meratapi ketibaan meletusnya peperangan di

Eropah. Abe Lincoln in Illinois (1938) menggunakan

kata-kata Lincoln untuk menunjukkan betapa

perlunya tindakan tegas ketika berhadapan dengan

peperangan. There Shall Be No Night (1940)

menentang perlanggaran Kesatuan Soviet ke atas

Finland. Ini juga adalah pendirian Sherwood

terhadap apa yang disebut sebagai keinginan

setiap manusia untuk melarikan diri daripada

kenyataan. Ketiga-tiga drama ini memenangi

Hadiah Pulitzer.

UMUM 
PERANG

Perang ialah suatu pertarungan antara dua

golongan besar yang berusaha untuk memusnah

atau mengalahkan lawan masing-masing.

Peperangan ada pelbagai jenis, misalnya

peperangan antara dua buah keluarga, kabilah

dengan kabilah dan antara pengikut satu agama

dengan pengikut agama yang lain.

UMUM 
PERANG SAUDARA IRELAND

Perang Saudara Ireland tercetus antara

penyokong dan penentang perjanjian Anglo-

Ireland yang ditandatangani pada bulan Disember

1921. Peperangan itu berlarutan dari bulan Januari

1922 hingga Mei 1923. Tentera kerajaan yang

menyokong perjanjian memenangi peperangan

yang juga disokong oleh majoriti orang Ireland.

Kemenangan mereka menjamin hidupnya

demokrasi berparlimen dan menyingkirkan

ancaman pemerintahan diktator oleh tentera yang

diinginkan oleh sebahagian pejuang yang anti-

perjanjian tersebut. Peperangan itu meninggalkan

kenangan pahit yang mempengaruhi parti politik

Ireland sehingga kini.

UMUM 
ARJUNA

Arjuna ialah wira dalam puisi epik India,

Mahabharata , yang menceritakan peperangan

antara adik-beradik Pandava dan sepupu Kaulava.

Arjuna ialah anak ketiga daripada lima adik-

beradik Pandava. Kisah hidupnya merupakan satu

siri peperangan dan kejayaan. Arjuna dipaparkan

sebagai seorang wira yang unggul. Dia berani,

kacak, mulia, pemurah, dan seorang kekasih yang

romantis. Lihat Mahabharata.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas