Negara membangun ialah negara miskin dan negara yang “tidak berada”. Negara seperti ini pernah dikenali sebagai negara tidak membangun, tetapi kini ramai ahli ekonomi lebih gemar menggunakan istilah negara membangun dan negara kurang membangun . Lazimnya negara sedang membangun mengalami kekurangan bahan makanan, kurang sumber tenaga, dan kadar Keluaran Negara Kasar (KNK) yang rendah. KNK ialah nilai semua barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesuatu negara dalam satu tahun. Ahli ekonomi biasanya mengelaskan negara mengikut asas per kapita (untuk seorang individu) KNK, iaitu – KNK dibahagikan dengan jumlah penduduk. |