ASIA | Asia ialah benua yang terbesar dari segi keluasan dan jumlah penduduk. Ia meliputi satu per tiga keluasan muka bumi dunia dan kira-kira tiga per lima dari segi penduduk dunia. Asia menganjur dari Afrika dan Eropah di sebelah barat hingga ke Lautan Pasifik di sebelah timur. Bahagian paling utara benua ini terletak dalam kawasan Artik yang beku. Tetapi selatan hujung Asia terletak di kawasan tropika panas berhampiran garisan Khatulistiwa. | UMUM | |
SUNGAI LOIRE | Sungai Loire ialah sungai yang terpanjang di Perancis. Panjangnya kira-kira 1050 kilometer dan menyaliri lebih kurang satu per empat daripada negara itu. Untuk lokasi, lihat Perancis (peta muka bumi). Sungai Loire bermula di Pergunungan Velay, kira-kira 1370 meter di atas aras laut dan mengalir ke arah utara menuju Orléans. | UMUM | |