ASIA | Asia ialah benua yang terbesar dari segi keluasan dan jumlah penduduk. Ia meliputi satu per tiga keluasan muka bumi dunia dan kira-kira tiga per lima dari segi penduduk dunia. Asia menganjur dari Afrika dan Eropah di sebelah barat hingga ke Lautan Pasifik di sebelah timur. Bahagian paling utara benua ini terletak dalam kawasan Artik yang beku. Tetapi selatan hujung Asia terletak di kawasan tropika panas berhampiran garisan Khatulistiwa. | UMUM | |
ONTARIO | Ontario (pend. 10 084 885) ialah provinsi Kanada. Kira-kira satu per tiga daripada penduduk Kanada tinggal di Ontario. Industri perkhidmatan mendatangkan pendapatan yang besar kepada Ontario. Industri pembuatan di Ontario mengeluarkan keluaran yang sama banyak dengan keluaran sembilan provinsi lain yang digabungkan. Ontario merupakan provinsi pertama antara provinsi Kanada yang meraih pendapatan melalui pertanian dan menduduki tempat kedua selepas Alberta dalam bidang perlombongan. Ontario mempunyai lombong nikel, uranium, dan emas. | UMUM | |
ÖRE | Öre ialah duit syiling gangsa yang digunakan di Sweden. Ia bernilai satu per seratus daripada satu krona. | UMUM | |
AUSTRALIA BARAT | Australia Barat ialah negeri yang terbesar daripada enam negeri di Australia. Ia meliputi satu per tiga daripada bahagian barat Australia. Tetapi, negeri ini hanya mempunyai lebih kurang sembilan peratus daripada keseluruhan penduduk Australia. Di kawasan pedalaman Australia Barat, terdapat kawasan gurun dan separa gurun yang luas. | UMUM | |
NORWAY | Norway ialah sebuah negara yang panjang dan sempit, terletak di tebing barat laut benua Eropah. Satu per tiga daripada kawasan utara Norway terletak di atas Bulatan Artik dan negara ini dinamakan Negara Matahari Tengah Malam. Oleh sebab kawasan ini terletak begitu jauh ke utara, ia mengalami musim panas yang panjang apabila matahari bersinar 24 jam sehari. Oslo, ibu negara Norway dan bandar terbesar, terletak di bahagian selatan negara ini. | UMUM | |
ØRE | Øre ialah duit syiling yang digunakan di Denmark dan Norway. Ia bernilai satu per seratus daripada satu krone. | UMUM | |
KRIPTON | Kripton ialah unsur kimia yang membentuk hanya kira-kira satu per sejuta daripada atmosfera bumi. | UMUM | |
DINE | Dine ialah satu unit daya. Satu dine ditakrifkan sebagai daya yang bertindak ke atas gram jirim, akan mengeluarkan pecutan nombor sentimeter per saat bagi setiap saat daya itu bertindak (nombor sentimeter per saat per saat). | UMUM | |
SOU | Sou ialah duit syiling kecil dalam sistem kewangan Perancis. Nilainya lima centime (satu per seratus daripada satu franc). Duit ini tidak digunakan lagi sejak tamat Perang Dunia II pada tahun 1945. | UMUM | |
CHRISTIAN IX | Christian IX (1818–1906) ialah raja Denmark yang memerintah dari tahun 1863 hingga kemangkatannya pada tahun 1906. Denmark kehilangan satu per tiga daripada wilayahnya ketika pemerintahannya | UMUM | Umum |