Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.ci/] | ڤراچيق

Definisi : alat, spt pisau dsb, yg digunakan utk meracik sesuatu: kilang-kilang papan ini dilengkapi dgn peralatan spt gergaji gelung, pembelah dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.ci/] | ڤراچيق

Definisi : orang yg meracik burung: bapanya bukanlah ~ burung sepenuh masa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peracik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARKWRIGHT, SIR RICHARD

Arkwright, Sir Richard (1732–1792) ialah

pereka cipta dan pengilang British. Pada tahun 1769,

dia telah mendapatkan

paten untuk sebuah mesin

pemintal benang yang

dinamakan kerangka air

kerana alat tersebut

dijalankan oleh kuasa air.

Mesin itu dipusingkan

oleh beberapa set

penggelek yang bergerak

pada kelajuan yang

berlainan untuk menarik

kapas daripada mesin

penyisir dan meluruskan

seratnya. Kemudian, kapas

itu diputar oleh gelendong supaya menjadi benang.

Bagaimanapun, benang yang dihasilkan oleh

kerangka air adalah keras, liat dan kasar.

Arkwright dan dua pekilang lain mula membina

kilang kapas yang menggabungkan pelbagai proses

pengilangan yang terdiri daripada penyisir, penarik,

peracik dan pemintal supaya menjadi satu proses

sahaja. Dia dikatakan bekerja 16 jam sehari dan

belajar pada waktu malam untuk menyambung

semula alam persekolahannya yang tercicir.

UMUM 

Kembali ke atas