Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.da] | ڤرادا

Definisi : sj serbuk berwarna emas (perak dsb) digunakan sbg perhiasan (membuat tulisan dll); ~ telepuk bunga-bungaan drpd perada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.da] | ڤرادا

Definisi : ark perarakan barisan tentera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.da] | ڤرادا

Definisi : kertas emas atau perak yg halus-halus (spt serbuk) utk perhiasan atau tulisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perada


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELEPUK

TELEPUK, seni menghias kain dengan perada emas. Biasanya telepuk digunakan untuk menghias kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar, ataupun kain persegi yang dijadikan tengkolok atau tanjak. Telepuk mempunyai sejarahnya sendiri dan dianggarkan telah mula diusahakan sejak abad ke-17 hingga abad ke-18, apabila ia diperkenalkan ke Tanah Melayu melalui pedagang Bugis yang datang dari Sulawesi.

BUDAYAProses/Tindak Balas
KAIN LIMAR

KAIN LIMAR, kain tenun yang menggunakan benang-benang yang telah dicelup ikat. Kain limar dianggap sebagai warisan budaya yang telah berusia lebih satu abad. Berdasarkan beberapa contoh daripada himpunan Muzium Budaya Tekstil Melayu, didapati beberapa ciri khus wilayah asalnya. Limar dari Kelantan dan Terengganu misalnya, memilih warna cerah seperti hijau, kesumba dan ungu. Ada juga limar telepuk iaitu limar berhias perada. Limar juga dikenal sebagai kain tajoong di Lampung, limar bersongket di Kelantan dan Terengganu (iaitu gabungan tenun ikat dan songket kain Terengganu), dan cindai ‘aceh rosak’, ‘limar cuai’ dan ‘cindai kembang’ di Palembang.

BUDAYAKraf Tangan

Kembali ke atas