OUTRIGER | Outriger ialah sama ada dua jenis perahu atau dua jenis peranti perahu. Outriger ialah perahu yang dayungnya dilekapkan pada outriger (pendakap) yang terjojol dari bahagian tepi bot. Pendakap yang dinamakan outriger menopang dayung. Pendakap membantu meningkatkan penuilan perahu yang menggunakan dayung. Di negara-negara sekitar Lautan Hindi dan Pasifik, outriger ialah kanu dengan sebatang pelampung yang dilekatkan pada kerangka yang menganjur dari satu sisi. Tambahan pelampung ini dinamakan outriger . Pelampung ini merupakan pengimbang dan mengelakkan kanu itu daripada terbalik. Kanu yang mempunyai pelampung pada kedua-dua sisinya dinamakan outriger kembar. | UMUM | |
PERAHU LAYAR | Perahu layar ialah vesel layar, biasanya kecil, yang digunakan hanya untuk bersuka-suka. Sebuah perahu layar boleh merupaka sebarang jenis vesel, daripada sebuah sampan layar yang kecil hingga kepada sebuah kapal laut yang menggunakan enjin stim. Perahu layar moden berasal dari Belanda. Di Belanda, ia disebut sebagai jaght boat atau bot buru. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perahu layar, lihat juga Belayar. | UMUM | |
PERAHU | PERAHU, sejenis pengangkutan air yang kecil daripada kapal dan mempunyai berbagai-bagai saiz dan bentuk. Perahu digunakan untuk mengangkut barang atau penumpang. Perahu yang besar mempunyai ukuran sehingga 26 m panjang, 7.6 m lebar dan 6.7 m dalam. | BUDAYA | Kenderaan/Pengangkutan |
PIROGUE | Pirogue ialah kanu atau perahu lading khas yang digunakan untuk menangkap ikan di Teluk Mexico . Pirogue Louisiana ialah perahu yang diperbuat daripada batang pokok sipres tetapi bahagian bawahnya rata. | UMUM | |
DAYUNGAN | Dayungan ialah tindakan untuk menggerakkan sesebuah perahu dengan pengayuh. Ramai orang menyetujui bahawa mendayung di tasik dan sungai merupakan suatu bentuk senaman yang menyeronokkan. Pertandingan lumba perahu pula sudah menjadi satu acara sukan amatur yang penting yang sangat teratur. | UMUM | |
PIALA AMERIKA | Piala Amerika ialah pertandingan perahu layar yang paling terkenal di dunia dan merupakan trofi tertua dalam sukan antarabangsa. Pada tahun 1851, skuner Amerika telah memenangi trofi perak yang cantik dengan mengalahkan 14 perahu layar lain dalam satu perlumbaan mengelilingi Isle of Wight di luar pantai selatan England. Piala itu dikenali sebagai Piala Amerika. | UMUM | |
BANGAU | BANGAU, ukiran pada bahagian haluan perahu nelayan. Ukiran ini dikenal dengan nama bangau perahu kerana bentuk ciptaan asalnya menyerupai kepala seekor burung bangau. Bangau perahu hanya terdapat pada perahu kecil nelayan yang menggunakan dayung dan layar. Antara perahu nelayan yang memiliki bangau termasuklah kolek, bedar, sekoci, kolek kue dan payang. | BUDAYA | Konsep |
BEDAR | BEDAR, sejenis perahu besar biasanya berukuran antara 10 m hingga 16 m panjang, 1.7 m hingga 2 m tinggi dan 3 m lebar. | BUDAYA | Konsep |
KATAMARAN | Katamaran ialah bot bak rakit yang mempunyai dua badan. Keringanannya dan badannya yang berkembar, nipis dan dangkal membolehkan katamaran meluncur melalui permukaan air tanpa banyak rintangan. Reka bentuk ini berasaskan perahu tupang yang telah digunakan oleh bangsa Polinesia dan Melayu selama beribu-ribu tahun. Katamaran boleh dikuasai oleh layar atau motor. | UMUM | |
BIDUK | BIDUK, sejenis perahu yang tidak besar, biasanya berukuran 4.2 m panjang, 0.75m lebar dan 0.38 m tinggi. Biduk dapat membawa antara dua hingga tiga orang penumpang sahaja. Biduk dikenal dengan pelbagai nama mengikut bentuk, ukuran dan tempat. Di Johor, Singapura dan Kepulauan Riau, biduk dikenal sebagai sampan dan sampan riau. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, biduk dikenal sebagai mat rian dan perahu etok. Ada juga tempat yang memanggilnya sebagai belongkang, beranta, jampul, lopek, laca, ketiap, ludang atau seludang. Biduk digunakan oleh nelayan pantai di sungai atau laut. | BUDAYA | Kenderaan/Pengangkutan |