Perakam pita ialah alat untuk merakamkan bunyi, gambar dan pelbagai jenis maklumat pada pita magnet. Ia juga boleh memainkan semula rakaman pita. Perakam pita digunakan dengan meluas oleh industri rakaman dan dalam siaran radio dan televisyen. Berjuta-juta orang gemar mendengar muzik dari perakam pita di rumah dan dalam kereta mereka. Rakaman pita dari buku yang dikenali sebagai buku bercakap, dibuat khas untuk orang buta. Perakam pita juga boleh digunakan untuk merakamkan data dari komputer, perencanaan, bacaan dari alat saintifik dan isyarat yang mengaktifkan kelengkapan berautomasi. |