PERALATAN KAPAL TERBANG | Peralatan kapal terbang lihat Kapal terbang (Memandu kapal terbang); gambar: (peralatan dan alat kawalan kokpit)). | UMUM | |
PERALATAN PEMBINAAN | Peralatan pembinaan merupakan jentera yang digunakan untuk membina dan merobohkan jambatan, bangunan, dan struktur-struktur lain. Jentera ini biasanya dapat menjimatkan tenaga kerja, wang, dan masa. Sebuah jentera dapat melakukan kerja yang lebih banyak dalam masa satu jam berbanding seratus orang pekerja yang menggunakan peralatan tangan dalam satu hari. Jentera utama untuk membina bangunan termasuk (1) jentera korek tanah, (2) mesin angkat dan kendali bahan, dan (3) mesin pam. | UMUM | |
TERMOSTAT | Termostat ialah alat yang membantu mengawal suhu sesuatu kawasan di dalam rumah atau sesuatu peralatan. Termostat digunakan dalam banyak jenis peralatan termasuk penyaman udara, pemanas, selimut elektrik, ketuhar dan peti sejuk. | UMUM | |
BIOREAKTOR | Peralatan utama bagu melakukan proses penapaian. | KEJURUTERAAN | Konsep |
TURUS PLAT | Sejenis peralatan yang terdapat dalam loji kimia. Alat ini berfungsi untuk mengendalikan proses pemisahan campuran gas atau cecair bagi menghasilkan produk pada ketulenan tertentu. Proses pemisahan yang menggunakan turus plat ialah penyulingan dan penyerapan. Di dalam turus plat terdapat sejumlah plat yang diatur di atas satu sama lain pada satu jarak yang tertentu. Jumlah plat di dalam turus bergantung pada jenis komponen dalam campuran yang perlu dipisahkan dan juga tahap pemisahan yang diperlukan. Plat-plat ini berfungsi sebagai medium penyentuh antara aliran wap yang naik ke atas dengan aliran cecair yang turun ke bawah. Kedua-dua aliran ini bersentuh secara bersilang. Aliran cecair dari plat atas mengalir ke plat bawah melalui salur penurunan dan seterusnya merentasi permukaan plat sebelum mengalir melalui salur....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
PISAU BOWIE | Pisau Bowie ialah peralatan berburu dan senjata yang popular di sempadan Amerika. Ia terdiri daripada pemegang yang pendek dengan pengadang tangan dan mata pisau yang panjang dan lebar. Mata pisaunya melengkung hingga ke hujungnya. Panjang mata pisau ini kira-kira 20 hingga 40 sentimeter dan lebar kira-kira empat sentimeter hingga lima sentimeter. | UMUM | |
PERKAKAS PNEUMATIK | Perkakas pneumatik ialah sejenis peralatan kuasa yang digerakkan oleh pemampat udara. Ia mempunyai pelbagai kegunaan. Contohnya, ia digunakan oleh doktor gigi untuk membuang bahagian gigi yang telah rosak. Mekanik kereta menggunakan perengkuh pneumatik untuk mengetatkan bolt dan nat manakala pekerja binaan menggunakan tukul pneumatik untuk memecahkan sesuatu permukaan. | UMUM | |
PISAU | Pisau alat memotong yang digunakan sebagai perkakas makan, peralatan, atau senjata. Pisau terdiri daripada pemegang dan mata pisau. Mata pisau diperbuat daripada keluli dan kebanyakan pemegang pula diperbuat daripada kayu keras atau plastik. Bahan pemegang yang lain, termasuk tanduk rusa dan tulang. | UMUM | |
SISTEM FIDELITI TINGGI (HI-FI) | Sistem fideliti tinggi (hi-fi) ialah peralatan elektronik yang menghasilkan semula bunyi dengan ketepatan yang amat tinggi. Sistem fideliti tinggi direka bentuk untuk mengekalkan ketepatan sumber bunyi tanpa menghasilkan herotan atau hingar latar belakang. Sistem ini sering juga digelar sebagai sistem bunyi stereofonik, atau stereo kerana ia menghasilkan bunyi stereofonik. Bunyi stereofonik meliputi pengagihan isyarat bunyi melalui dua saluran yang berasingan atau lebih. Dengan cara ini, sistem stereo membolehkan bunyi dihasilkan semula dari arahnya yang betul. | UMUM | |
SENJATA API GATLING | Senjata api Gatling merupakan mesingan tembakan laju praktikal yang pertama dicipta. Ia dicipta oleh Richard Jordan Gatling (1818–1903) seorang pencipta Amerika Syarikat dalam bidang peralatan pertanian. Gatling memperoleh paten senjata api ini pada tahun 1862 bagi kegunaan semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865). Ia mengandungi sepuluh laras yang berputar dengan pantas di sekeliling aci pusat dengan menggunakan engkol kendalian tangan. Setiap lawas dapat diisi melalui graviti, tembakan dan berputar untuk memberi laluan kepada laras berikutnya. Model senjata api yang diperbaik menjadi peralatan piawai bagi Tentera dan Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Senjata api Gatling moden adalah peralatan piawai dalam angkatan tentera banyak negara. Lihat Mesingan. | UMUM | |