Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perancis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG MISLUN

Perang Mislun atau Maysalun ialah peperangan

orang Syria dengan penjajah Perancis. Perancis

dan British telah membahagikan negara Syam

kepada Syria, Lubnan, Palestin dan Jordan selepas

Perang Dunia I (1914–1918 M.) mengikut Perjanjian

Sykes–Picot. Perancis menjajah kawasan pantai

Syria manakala bahagian pedalaman Syria

diperintah oleh al-Amir Faysal. Perancis yang ingin

menguasai keseluruhan Syria, telah menghantar

Jeneral Gourand untuk berbincang dengan al-Amir

Faysal. Dia meminta al-Amir Faysal menerima

penyatuan Syria yang akan dibuat oleh Perancis

dan beberapa permintaan lainnya. Kabilah-kabilah

Arab di Syria menolaknya. Ini memaksa Jeneral

Gourand memberi amaran secara bertulis kepada

al-Amir Faysal supaya menerima tuntutan itu.

Kerajaan al-Amir Faysal menerima amaran itu

walaupun kabilah Arab tetap menolak tuntutan

Perancis.

UMUM 
AKADEMI PERANCIS

Akademi Perancis ialah pertubuhan para

intelektual Perancis. Ia dinamakan L’Académie

Francaise dalam bahasa Perancis. Aktivitinya

termasuk menganugerahkan hadiah sastera dan

menerbitkan kamus bahasa Perancis.

UMUM 
REVOLUSI PERANCIS

Revolusi Perancis membawa perubahan besar

dalam masyarakat dan kerajaan Perancis. Revolusi

ini yang berlanjutan dari tahun 1789 hingga tahun

1799, juga membawa kesan yang menjangkau jauh

ke negara Eropah yang lain. Revolusi ini

memperkenalkan prinsip demokrasi kepada

Perancis tetapi tidak mengubah negara itu menjadi

negara demokrasi. Walau bagaimanapun, revolusi

ini menamatkan sistem pemerintahan tertinggi

oleh raja Perancis dan memperteguhkan golongan

kelas pertengahan. Selepas revolusi ini bermula,

raja, golongan bangsawan atau golongan yang

mempunyai keistimewaan yang lain tidak lagi

boleh menganggap kuasa mereka tidak akan

tergugat ataupun tidak mengendahkan prinsip

kebebasan dan kesamaan.

UMUM 
PERANG PERANCIS-PRUSSIA

Perang Perancis-Prussia bermula pada tahun

1870 akibat suatu perbalahan antara Perancis

dengan Prussia, sebuah negeri di Jerman. Kesemua

negeri Jerman yang lain menyertai Prussia, dan

konflik tersebut menjadi perbalahan antara

Perancis dengan Jerman.

UMUM 
PERTEMPURAN QUEBEC

Pertempuran Quebec, menentukan nasib

empayar Perancis di Amerika. Kekalahan Perancis di

Quebec pada tahun 1759 membawa kepada

Perjanjian Paris pada tahun 1763, yang

menyebabkan Kanada dan semua tanah jajahan

Perancis di timur Sungai Mississippi diserahkan

kepada Britain.

UMUM 
POLINESIA PERANCIS

Polinesia Perancis ialah wilayah seberang laut

kepunyaan Perancis. Wilayah ini terletak di Lautan

Pasifik, kira-kira 4500 kilometer ke selatan Hawaii.

Untuk lokasi, lihat Kepulauan Pasifik (peta).

Wilayah ini terdiri daripada kira-kira 120 buah

pulau yang berselerak merentangi kawasan seluas

kira-kira sebesar barat Eropah. Pulau ini terdiri

kebanyakannya daripada gugusan kepulauan

Austral, Gambier, Marquesas, Society, dan

Tuamotu. Papeete, di Tahiti – salah sebuah

pulau dalam Kepulauan Society – ialah

ibu wilayah ini.

UMUM 
PERANCIS

Perancis ialah negara terbesar di Eropah Barat

dari segi keluasan. Paris, ibu negara Perancis dan

bandar terbesar di negara ini, menduduki tempat

sebagai sebuah daripada bandar yang terbesar di

dunia. Selama beratus-ratus tahun, Paris telah

menjadi ibu negeri kesenian dan ilmu

pengetahuan di dunia. Universitinya berusia lebih

800 tahun dan merupakan salah sebuah universiti

yang terbesar di dunia. Paris menarik seniman dan

penulis daripada semua bangsa. Banyak seniman

agung telah menghasilkan karya unggul di sana.

Paris merupakan bandar yang terkenal dengan

keindahan dan kegemilangan seni binanya. Setiap

tahun, berjuta-juta pelancong mengunjungi mercu

tanda Paris yang masyhur, seperti Katedral of Notre

Dame, Menara Eiffel, dan Louvre – salah sebuah

muzium seni yang terbesar di dunia.

UMUM 
CHIRAC, JACQUESChirac, Jacques
(1932– ), bekas perdana menteri
Perancis, menjadi presiden Perancis pada
tahun 1995
UMUMUmum
KESUSASTERAAN PERANCIS

Kesusasteraan Perancis, satu daripada

kesusasteraan negara yang terkaya dan paling

berpengaruh di dunia. Penulis Perancis

menyumbang kepada setiap bentuk sastera utama,

mencapai kecemerlangan dalam puisi epik, puisi

lirik, drama, fiksyen dan jenis prosa lain.

UMUM 
TIGA WARNA

Tiga warna ialah bendera kebangsaan Perancis.

Ia mempunyai warna merah, putih dan biru

dengan jalur menegak. Ketiga-tiga warna itu

digunakan sebagai lambang Perancis pada 17 Julai

1789 semasa Revolusi Perancis. Raja Louis XVI tiba

ke Perancis selepas kejatuhan Bastille. Dia

meletakkan simpulan reben tiga warna di topinya

sebagai melambangkan sifat patriotiknya. Merah

dan biru ialah warna rasmi Paris dan putih adalah

warna keluarga diraja. Selepas keluarga diraja

berkuasa semula pada tahun 1814, ia menolak tiga

warna. Tetapi tiga warna sekali lagi menjadi

bendera kebangsaan Perancis pada tahun 1830.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas