Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.ngi.nan] | ڤراڠينن

Definisi : 1. tempat beristirahat atau berangin-angin (rumah atau bahagiannya); 2. = tempat ~ = kawasan ~ tempat utk ber­istirahat yg biasanya agak jauh dr bandar (spt di tepi pantai, di puncak bukit, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.ngi.nan] | ڤراڠينن

Definisi : ; tempat ~ tempat beristirahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peranginan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OCHO RIOS

Ocho Rios ialah tempat peranginan di Jamaica

yang mempunyai keindahan alam semula jadi. Ia

terletak kira-kira 100 kilometer ke timur Teluk

Montego. Ia merupakan teluk yang terlindung

yang dikelilingi oleh dusun kelapa dan tebu serta

kebun buah-buahan. Ocho Rios merupakan tarikan

pelancong dengan pantai, pasar, kedai, restoran,

hotel, dan kemudahan rekreasi lain yang

dimilikinya yang dapat dibanggakan. Kawasan

yang menarik yang terletak berdekatan dengannya

termasuk Galur Fern, iaitu kawasan tumbuh-

tumbuhan tropika yang tidak tercemar; Air Terjun

Sungai Roaring, yang sebahagiannya digunakan

bagi tenaga hidroelektrik; dan Air Terjun Sungai

Dunn.

UMUM 
SAINT MORITZ

Saint Moritz (pend. 5263) ialah bandar

peranginan yang masyhur di Pergunungan Alps di

sebelah timur Switzerland. Letaknya 1840 meter di

atas aras laut di Lembah Engadin dalam kanton

(negeri) Graubünden. Bandar ini dibina di antara

cerun gunung dan di sepanjang sebuah tasik kecil.

Untuk lokasi, lihat Switzerland (peta).

UMUM 
NICE

Nice (pend. 345 674; pend. kaw. met. 475 507) ialah

bandar peranginan di French Riviera dan pelabuhan

Mediterranean . Bandar ini terletak di kaki

Pergunungan Alps berhampiran Itali (lihat Perancis

[peta politik]). Bandar ini mempunyai jalan yang besar,

hotel mewah, dan vila yang dikelilingi oleh taman.

Sungai Paillon membahagikan bandar ini kepada dua

bahagian, Pekan Lama di bahagian timur dan pekan

moden di bahagian barat. Pergunungan Alps

melindungi Nice daripada angin utara yang sejuk dan

menyebabkan bandar ini mengalami musim sejuk

yang sederhana. Kebanyakan penduduk bergantung

kepada perdagangan pelancongan. Kebanyakan

pelancong datang pada musim cuti musim sejuk

antara bulan Januari hingga bulan April, atau dari

bulan Julai hingga bulan September. Mardi Gras, yang

menandakan kemuncak Pesta Riviera, adalah satu

daripada beberapa pesta musim sejuk bandar ini (lihat

Mardi Gras ).

UMUM 
MIAMI

Miami, Florida (pend. 358 548; pend. kaw. met.

1 937 094) ialah bandar raya peranginan Amerika

Syarikat yang terkenal di dunia. Kawasan

rekreasinya dan cuaca yang panas menarik ramai

pengunjung. Iklimnya yang menyegarkan telah

menarik ramai pesara dari seluruh Amerika

Syarikat berpindah ke sini. Walau bagaimanapun

pada tahun 1990-an, serangan terhadap orang

asing yang dilakukan oleh penjenayah tempatan

yang mendapat publisiti besar-besaran, telah

menjejaskan imej Miami sebagai sebuah pusat

pelancongan. Miami terletak di Teluk Biscayne, di

pantai tenggara Florida, iaitu di muara Sungai

Miami, kira-kira enam kilometer ke barat Lautan

Atlantik.

UMUM 
MAR DEL PLATA

Mar del Plata (pend. 532 845) ialah salah satu bandar

peranginan yang terkenal di Argentina. Iklimnya

yang nyaman dan pantainya yang cantik menarik

lebih daripada dua juta pelancong setiap tahun.

UMUM 
PALM SPRINGS

Palm Springs (pend. 40 181) ialah bandar

peranginan di selatan California, Amerika Syarikat

yang dikelilingi oleh gurun dan gunung-ganang.

UMUM 
SCARBOROUGH

Scarborough (pend. 107 800) ialah daerah

kerajaan tempatan di Yorkshire Utara, England,

meliputi pelabuhan dan bandar peranginan

Scarborough dan Whitby. Daerah ini meliputi juga

sebahagian daripada Taman Negara North York

Moors.

UMUM 
PHOENIX

Phoenix (pend. 983 403; pend. kaw. met.

2 112 101) ialah ibu negeri dan bandar terbesar

Arizona . Ia adalah pusat peranginan utama dan

turut dikenali sebagai tempat membuat peralatan

komputer dan elektronik. Bandar ini terletak di

Lembah Sungai Salt, sebuah kawasan tanah rata

yang dikelilingi gunung rendah. Phoenix diasaskan

pada tahun 1870.

UMUM 
BUKIT LARUT

Bukit Larut ialah kawasan peranginan tanah tinggi tertua di Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
BUKIT FRASER

Bukit Fraser ialah kawasan peranginan tanah tinggi yang popular di Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12

Kembali ke atas