EKTOPLASMA | Ektoplasma ialah istilah yang mempunyai dua makna, satu yang digunakan oleh ahli kerohanian dan satu lagi digunakan oleh ahli biologi. Ahli kerohanian percaya bahawa roh orang mati boleh berkomunikasi dengan orang hidup melalui seseorang yang dikenali sebagai perantara. Menurut ahli kerohanian, ektoplasma ialah bahan bak kabus yang terapung dari badan perantara apabila perantara itu berada dalam keadaan bersawai. | UMUM | |
SINDROM MARFAN | Sindrom marfan ialah kerosakan yang bercirikan keabnormalan rangka, mata, dan jantung. Sindrom marfan disebabkan oleh kecacatan genetik yang dikatakan menjejaskan pertumbuhan sesetengah tisu perantara tubuh. Mereka yang menghidapi sindrom marfan biasanya meninggal dunia sebelum berusia 50 tahun, yang selalunya diakibatkan oleh komplikasi jantung. | UMUM | |
SALURAN HAVERS | Saluran havers ialah saluran-saluran halus di dalam tisu tulang padat, iaitu lapisan luar tulang yang keras. Setiap saluran mengandungi pembuluh darah, salur limfa (bendalir tisu), tisu perantara, dan saraf. Pembuluh darah membawa nutrien dari pembuluh yang lebih besar dalam periosteum (selaput yang menyaluti tulang) ke tisu tulang. Lapisan tisu tulang mengelilingi setiap saluran untuk membentuk suatu silinder. Saluran dan tisu tulang ini dikenali sebagai sistem osteon atau sistem havers. Osteon ialah struktur asas yang membentuk tulang padat. | UMUM | |
CINA BUTA | CINA BUTA, peranan yang dimainkan oleh sang perantara sementara yang berstatus suami dalam keadaan perkahwinan yang telah mengalami talak tiga. Panggilan umum terhadap suami begini ialah ‘muhalil’ (yang menghalalkan) kerana perkahwinan dengannya membolehkan bekas suami mengahwini kembali isterinya yang telah diceraikan dengan talak tiga. | BUDAYA | Konsep |
PAWANG | PAWANG, orang yang mahir dalam hal upacara magis, Lazimnya, seseorang itu hanya boleh menjadi pawang setelah mendapat 'panggilan' daripada kuasa ghaib iaitu . menerima kuasa daripada roh nenek moyang. Pawang menggunakan kuasa magis untuk pelbagai tujuan seperti mengubat orang sakit, menilik barang yang hilang dan menilik masa depan seseorang. Pawang adalah sebagai perantara alam nyata dengan alam ghaib dan mempunyai pengetahuan memanipulasi alam untuk keperluan masyarakat. Terdapat beberapa jenis pawang seperti pawang hujan, pawang bijih, pawang belat dan sebagainya. | BUDAYA | Kepercayaan |