SOSEJ | Sosej ialah makanan yang dibuat daripada daging cincang dan dibubuh perasa. Daging yang digunakan untuk membuat sosej termasuk daging lembu, haiwan buruan, babi, ayam itik, anak lembu, dan di sesetengah negara – ikan. Sosej dibubuh perasa herba dan rempah-ratus, di samping garam, lada, lada hitam, sage, bawang, gula, dan halia. Kebanyakan sosej mengandungi sesetengah jenis bijirin, yang berfungsi sebagai pengikat, dan sedikit pengawet yang dinamakan nitrit. Nitrit memberi warna kepada sosej dan membantu mencegah pertumbuhan bakteria yang menyebabkan sejenis keracunan makanan yang dinamakan botulism. Orang Eropah kadangkala menambah gin atau wain merah kepada sosej untuk memberikannya rasa yang istimewa. | UMUM | |
REMPAH | Rempah ialah nama yang diberi kepada perasa makanan yang dibuat daripada tumbuhan. Rempah mempunyai rasa dan bau yang kuat. Sesetengah rempah dinilai kerana rasanya, dan yang lain kerana baunya. Manusia di seluruh dunia menambah rasa makanan dengan rempah. Rempah biasa termasuk lada hitam, buah pala, cengkih, halia, allspice, mace, mustard, dan kayu manis. | UMUM | |
PAPRIKA | Paprika ialah perasa merah. Ia disediakan dengan mengisar lenggai kering lada yang dikenali sebagai lada benggala. | UMUM | |
TARRAGON | Tarragon ialah tumbuhan yang mengeluarkan daun yang digunakan untuk perasa daging, sayur-sayuran, sos, kuah salad, cuka, dan minyak masak. Ia berasal dari selatan Eropah. Tarragon adalah tumbuhan rimbun yang daunnya licin dan halus. Tarragon tumbuh setinggi kira-kira 150 sentimeter di kawasan yang panas dan kering. Pengelasan saintifik. Tarragon tergolong dalam famili Compositae (Asteraceae), adalah Artemisia dracunculus . | UMUM | |
ADAS | Adas ialah tumbuhan yang digunakan untuk membuat jeruk dan sebagai perasa dalam makanan termasuk ikan, krim masam, dan cuka. | UMUM | |
SERAI | Serai ialah sejenis tumbuhan rumput berumpun dan berakar besar, serta berbau wangi. Tumbuhan ini terkenal sebagai bahan perasa dan pewangi bagi kebanyakan masakan Melayu tradisional, juga sebagai bahan perubatan. | UMUM | |
ASID FOSFORIK | Asid fosforik ialah asid jenis fosforus yang paling biasa didapati. Pengilang menggunakannya untuk menghasilkan sebatian fosfat tidak organik, baja, minuman ringan dan perasa sirap. | UMUM | |
PIMENTO | Pimento ialah nama yang popular bagi pokok malar hijau yang kecil dalam famili mirtel. Rempah yang dikenali sebagai allspice, lada Jamaica , atau pimento berasal daripada pokok ini. Pimento yang berwarna merah, berisi tebal yang digunakan untuk diisi ke dalam buah zaitun hijau bukan berasal daripada pokok pimento. Perasa ini adalah buah daripada tumbuhan yang dikenali sebagai Lada Benggala. | UMUM | |