UNDANG-UNDANG ADAT DI SABAH | UNDANG-UNDANG ADAT DI SABAH, peraturan-peraturan yang diaplikasi kepada penduduk peribumi Sabah, yakni mereka yang diberi status ‘anak negeri’. Peraturan ini berasal daripada adat atau amalan penduduk peribumi Sabah yang berkaitan dengan kepercayaan, kekeluargaan, pewarisan, kejiranan, hubungan seksual dan tatacara menimbangkan konflik. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa adat yang dipakai oleh pelbagai suku kaum yang terdapat di Sabah seperti suku kaum Dusun-Kadazan, Murut, Bajau, Melayu, Bugis, Orang Sungai dan lain-lain lagi boleh dikekalkan dan merupakan sebahagian daripada undang-undang negara sekiranya ia menepati syarat-syarat berikut. Pertama, adat tersebut tidak boleh direka tetapi mempunyai sejarah turun-temurun. Kedua, adat tersebut masih dihayati oleh suku kaum berkenaan. Ketiga, adat itu mestilah diamalkan secara berterusan, yakni tidak pernah terputus daripada satu keturunan kepada satu keturunan, dan keempat, adat itu mestilah boleh dikuatkuasakan dalam erti kata bahawa ia jelas dari segi hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah. | BUDAYA | Konsep |
UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA | UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA, peraturan-peraturan yang dibuat berhubung dengan pelabuhan, pelayaran dan perkapalan di negeri Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Ia dibuat bagi menyeragamkan undang-undang laut yang ada pada masa itu. Perisytiharan Undang-Undang Laut Melaka dibuat sendiri oleh Sultan Mahmud Syah dan ia terpakai kepada semua nakhoda dan isi kapalnya yang datang ke Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PERATURAN QUEENSBERRY | Peraturan Queensberry ialah sekumpulan peraturan untuk perlawanan tinju. Ia digubal dengan penyeliaan Marquess of Queensberry pada tahun 1867. | UMUM | |
PERATURAN KERAJAAN | Peraturan kerajaan ialah penyeliaan oleh kerajaan atau agensi kerajaan terhadap perniagaan milik persendirian atau aktiviti persendirian. Proses peraturan yang direka bentuk adalah untuk kepentingan awam. Agensi ini mengawal piawaian kesihatan dan keselamatan, harga, piawaian perkhidmatan, dan aspek perniagaan lain. Di negara perindustrian, kebanyakan industri tertakluk kepada beberapa peraturan. | UMUM | |
BOLA SEPAK PERATURAN AUSTRALIA | Bola Sepak Peraturan Australia lihat Australia , Bola Sepak Peraturan. | UMUM | |
AUSTRALIA, BOLA SEPAK PERATURAN | Australia, Bola Sepak Peraturan ialah permainan musim sejuk yang sangat popular di negeri-negeri selatan Australia. Nama rasmi nya ialah Bola Sepak Australia . Permainan ini, yang dicipta oleh orang Australia, dimainkan terutamanya di Australia dan di Papua New Guinea. | UMUM | |
UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA | UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA, peraturan-peraturan yang diaplikasikan kepada penganut agama Islam di negara ini. Peraturan ini berkaitan dengan soal keluarga, ibadah, akhlak, kesalahan terhadap agama dan tatacara kehakiman yang diambil daripada Hukum Syarak dan diubah suai menurut adat Melayu dan keperluan tempatan. | BUDAYA | Konsep |
PROSEDUR PARLIMEN | Prosedur parlimen ialah kaedah menjalankan mesyuarat dengan cara yang teratur. Apabila orang mengadakan mesyuarat, mereka memerlukan peraturan yang akan membantu mereka mencapai matlamat mereka. Peraturan prosedur parlimen membantu pengerusi menjaga tertib semasa mesyuarat dan juga memberi panduan kepada para peserta dalam menjalankan mesyuarat. Prosedur ini dikenali sebagai prosedur parlimen kerana ia diambil daripada peraturan dan kebiasaan yang diamalkan oleh parlimen United Kingdom. Prosedur parlimen juga dikenali sebagai hukum parlimen, amalan parlimen dan peraturan tertib . | UMUM | |
RELA | RELA, pertubuhan awam sukarelawan. RELA ialah singkatan Ikatan Relawan Rakayat. RELA ditubuhkan pada 11 Januari 1972 di bawah Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966, yang dibuat di bawah Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu), 1964. RELA diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Peranan utamanya adalah sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan serta membantu pasukan keselamatan menentang musuh negara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
QUEENSBERRY, MARQUESS OF | Queensberry, Marquess of (1844–1900), John Sholto Douglas ialah ahli sukan Scotland yang telah menaja satu peraturan baru sukan tinju yang diberi nama sempena namanya (lihat Queensberry ). Sebenarnya peraturan itu ditulis oleh John Graham Chambers dari Kelab Olahraga Amatur. Peraturan itu muncul buat pertama kalinya pada tahun 1867. | UMUM | |