Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.tu.san] | ڤراتوسن

Definisi : 1. bilangan (dgn kiraan) peratus: ~ rakyat yg sudah berumur juga kian me­ningkat; 2. persen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.tu.san] | ڤراتوسن

Definisi : kadar atau bilangan mengikut peratus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peratusan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERATUSAN

Peratusan merujuk kepada pengiraan yang

melibatkan perseratus. Anda tentu biasa melihat

nombor-nombor seperti 2%, 30% dan 75%. Simbol %

tersebut bermakna peratus. Anda juga mungkin

terbaca “2 peratus”, “30 peratus”, “75 peratus”, dan

sebagainya. Peratus bermakna per seratus. 2%

bermakna 2 per seratus, 30% bermakna 30 per

seratus, dan 75% bermakna 75 per seratus. Peratus

sebenarnya ialah pecahan biasa : 2% ialah 2/100, 30%

ialah 30/100, dan 75% ialah 75/100 . Peratus juga ialah

pecahan perpuluhan : 2% bersamaan 0.02, 30% bersamaan

0.30, dan 75% bersamaan 0.75.

UMUM 
CERUN

Cerun, permukaan bumi yang condong yang dapat dinyatakan mengikut  sudut kecondongan dalam darjah atau peratusan. Terdapat beberapa jenis cerun, seperti cerun bukit, cerun gunung, dan cerun lurah sungai.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
CARTA PAI

Carta pai, gambar rajah atau perwakilan grafik berbentuk bulatan yang dibahagikan mengikut sektor bagi menggambarkan data berkategori untuk membandingkan peratusan, kekerapan atau magnitud data.

MATEMATIKKonsep

Kembali ke atas