| PERANG PERANCIS-PRUSSIA | Perang Perancis-Prussia bermula pada tahun 1870 akibat suatu perbalahan antara Perancis dengan Prussia, sebuah negeri di Jerman. Kesemua negeri Jerman yang lain menyertai Prussia, dan konflik tersebut menjadi perbalahan antara Perancis dengan Jerman.  | UMUM |   | 
			
				| DREYFUS, ALFRED | Dreyfus, Alfred (1859–1935) ialah pegawai  tentera Perancis berketurunan Yahudi yang  menjadi punca perbalahan getir akibat  ketidakadilan politik.  | UMUM |   | 
			
				| MAHKAMAH PIEPOUDRE | Mahkamah Piepoudre, juga dieja sebagai  piepowder ialah mahkamah Inggeris Zaman  Pertengahan yang menyelesaikan perbalahan  antara penjaja dengan pedagang di pasar ria dan  pasar.   | UMUM |   | 
			
				| PERBICARAAN MELALUI KOMBAT | Perbicaraan melalui kombat juga dikenali sebagai  perbicaraan melalui pertempuran  , atau  pertaruhan pertempuran  , adalah satu cara menyelesaikan perbalahan undang-undang pada Zaman Pertengahan. Golongan bangsawan mengamalkannya bertahun-tahun lamanya. Perbicaraan melalui kombat berbeza daripada pertarungan dua orang kerana orang ramai percaya bahawa Tuhan akan masuk campur dan membantu pihak yang benar. Mengikut prosedur yang biasa, tertuduh akan menentang penuduh. Golongan bangsawan kadangkala melantik pahlawan-pahlawan untuk bertarung bagi pihak mereka. Golongan wanita dan paderi biasanya diwakili oleh orang lain. Perbicaraan melalui kombat diperkenalkan di England oleh William Si Penakluk. Perbicaraan berjuri secara beransur- ansur mengambil alih perbicaraan ini.  | UMUM |   | 
			
				| PERANG REBUT TAKHTA | Perang rebut takhta. Perang yang berpunca daripada pertikaian terhadap siapa yang harus menaiki (mewarisi) takhta dikenali sebagai  perang   rebut takhta  . Empat perbalahan penting yang berlaku dalam sejarah Eropah yang dikenali dengan nama tersebut, iaitu Perang Rebut Takhta Sepanyol, Perang Rebut Takhta Poland, Perang Rebut Takhta Austria, dan Perang Rebut Takhta Bavaria .  | UMUM |   | 
			
				| THIRTY-NINE ARTICLE | Thirty-Nine Article ialah satu kenyataan doktrin yang dikeluarkan di England pada tahun 1563 dan diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1571. Artikel ini diwujudkan untuk menyelesaikan perbalahan agama yang dibangkitkan oleh Reformasi Protestan. Artikel ini menetapkan kedudukan agama yang diterima semua oleh penduduk Inggeris. Artikel ini masih kekal sebagai doktrin Gereja Anglikan dan disahkan oleh paderi Gereja England.  | UMUM |   | 
			
				| PARLIMEN LANJUT | Parlimen Lanjut merujuk kepada suatu sesi  Parlimen Inggeris yang bersidang panjang tanpa  rehat mulai tahun 1640 hingga tahun 1653.  Persidangan ini dimansuhkan dengan rasminya  pada tahun 1660. Parlimen Lanjut ini bermula  dengan perbalahan secara langsung dengan Raja  Charles I, kemudian bersidang semula semasa  Perang Saudara, menjatuhkan hukuman bunuh ke  atas raja ini, mencuba memerintah dalam masa  kegelisahan selepas perang itu, dan akhirnya  dimansuhkan untuk memberikan laluan kepada  Parlimen baharu di bawah Raja Charles II.  | UMUM |   | 
			
				| MORTIMER | Mortimer ialah nama keluarga bangsawan Inggeris yang terkemuka dalam sejarah Inggeris dari tahun 1100-an hingga awal tahun 1400-an. Mereka menjadi tuan tanah yang penting di kawasan Welsh Marches (lihat Marches). Kuasa wilayah dan ketenteraan keluarga Mortimer menjadikan mereka kuasa yang kuat dalam perbalahan yang berulang-ulang antara raja-raja Inggeris dan baron mereka. Tuntutan orang York terhadap takhta Inggeris semasa Perang Ros telah diperoleh dari keluarga Mortimer menerusi perkahwinan.  | UMUM |   | 
			
				| MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA | Mahkamah Keadilan Antarabangsa  lazimnya dikenali sebagai Mahkamah Dunia,   merupakan agensi kehakiman yang tertinggi  dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.  Mahkamah ini menyediakan saluran untuk  menyelesaikan secara aman masalah  persengketaan undang-undang pada peringkat  antarabangsa. Ia hanya menyelesaikan kes yang  dikemukakan oleh sesebuah negara atau  organisasi antarabangsa. Keputusannya  berdasarkan prinsip undang-undang  antarabangsa dan tidak boleh dibuat rayuan.  Mahkamah ini mendengar beberapa kes sahaja.  Tetapi banyak perbalahan antara kerajaan  diselesaikan melalui tribunal antarabangsa yang  lain dan dalam tribunal kebangsaan berasaskan  undang-undang antarabangsa.  | UMUM |   | 
			
				| PERANG BUKIT PUTUS | PERANG BUKIT PUTUS, perang saudara pertama di Negeri Sembilan.  Perang ini berlaku pada tahun 1875 antara Yamtuan Antah dengan Tengku Ahmad Tunggal berhubung pemilihan waris takhta.  Perang ini melibatkan campur tangan pihak British yang mengambil kesempatan daripada perbalahan yang berlaku antara pembesar negeri untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Sungai Ujong.  | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |