DAMPIER | Dampier (pend. 2201) ialah sebuah pelabuhan laut dalam dan perbandaran di King Bay (Teluk King) di sebelah pantai barat laut Autralia Barat. Pelabuhan ini dibina oleh Hamersely Iron Pty. Ltd. sebagai jalan keluar utama bagi bijih besi yang diperoleh dari Mount Tom Price dan Paraburdoo. | UMUM | |
SHAH ALAM | Shah Alam (pend. 500 000), ibu negeri Selangor Darul Ehsan. Shah Alam meliputi kawasan seluas 290 kilometer persegi yang menjadikannya kawasan perbandaran terbesar di negeri Selangor. Shah Alam terletak lebih kurang 30 kilometer dari Kuala Lumpur, dan kedudukannya adalah di antara Kuala Lumpur dengan Kelang. Shah Alam turut dikenali sebagai Bandar Anggerik. | UMUM | |
AUCKLAND | Auckland (pend. 855 571), berserta subbandarnya dan bandar satelitnya, ialah pusat penduduk yang terbesar di New Zealand. Lebih daripada suku penduduk negara ini tinggal di sini. Penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Auckland adalah 315 668 orang. Kawasan bandarnya berpusat di bandar Auckland . Ia juga termasuk bandar di sekeliling Takapuna, Teluk Pantai Timur (East Coast Bays) dan Birkenhead di utara; Waitemata dan Gunung Albert di barat; Manukau, Papakura, dan Papatoetoe di selatan; dan beberapa pekan lain. Kawasan pusat perniagaannya terletak di sekitar Queen Street di bandar Auckland. Iklim yang nyaman di Auckland, peluang perniagaan dan rekreasi, dan keindahan pemandangannya telah menarik kedatangan orang dari Kepulauan Pasifik, Eropah, dan bahagian- bahagian lain di New Zealand. | UMUM | |
BANDAR RAYA | Bandar raya, kawasan perbandaran yang besar yang terdiri daripada pusat bandar dan bandar-bandar satelit. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KOWLOON | Kowloon (pend. 799 123), juga dikenali sebagai Jiulong atau Chiulung, dan New Kowloon (pend. 1 651 064) merupakan sebahagian daripada kawasan perbandaran yang besar di Hong Kong, yang sebelum ini ialah wilayah tanggungan United Kingdom. | UMUM | |
AGLOMERASI | Aglomerasi, proses kewujudan subbandar hasil daripada perkembangan kawasan bandar atau perbandaran sedia ada. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
BURUNDI | Burundi ialah salah satu negara terkecil dan paling padat penduduk di Afrika. Negara ini mempunyai jumlah penduduk melebihi 200 orang per kilometer persegi, iaitu kira-kira sembilan kali ganda kepadatan penduduk seluruh Afrika. Bujumbura ialah ibu negara dan menempatkan komuniti perbandaran terbesar. | UMUM | |
PERBADANAN | Perbadanan ialah individu atau kumpulan yang memperoleh satu piagam yang memberinya hak dan keutamaan perundangan yang tertentu. Sesebuah perbadanan boleh memiliki harta, membeli dan menjual, mengeluarkan barangan, dan mengambil tindakan undang-undang seolah- olah ahlinya adalah seorang individu. Jenis perbadanan yang paling dikenali ialah perbadanan perniagaan. Jenis-jenis perbadanan lain termasuk perbadanan perbandaran, perbadanan milik kerajaan, dan perbadanan separa awam. | UMUM | |
AUGSBURG | Augsburg (pend. 125 193) ialah bandar komersial dan perindustrian di selatan Jerman. Untuk lokasinya, lihat Jerman (peta politik). Augsburg terkenal kerana bangunan Zaman Pertengahan dan Zaman Renaissance yang terpulihara baik. Banyak mercu tandanya termasuk katedral Augsburg, yang dibina sejak tahun 900-an M.; dan dewan perbandaran yang disiapkan pada tahun 1620. Beberapa bangunan Zaman Renaissance yang indah terletak di Maximilianstrasse dan Karolinenstrasse, dan dua batang jalan yang terkenal di pusat bandar. Kilang di Augsburg membuat keluaran seperti bahan kimia, barang elektronik, jentera, dan tekstil. | UMUM | |
STADIUM | Stadium ialah struktur besar untuk penonton yang dibina mengelilingi padang permainan atau arena. Stadium mempunyai tempat duduk yang diatur dalam baris. Dari tempat duduk ini, penonton dapat melihat acara sukan dan acara awam lain seperti konsert. Stadium terbesar di dunia termasuklah Stadium Strahov di Prague, Republik Czech, dan Stadium Perbandaran Maracana di Rio de Janeiro, Brazil. Kedua-dua stadium ini boleh menampung lebih daripada 200 000 penonton. | UMUM | |