QARD AL-HASSAN | Konsep dalam perbankan Islam | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
KESATUAN KREDIT | Kesatuan kredit ialah persatuan perbankan yang dijalankan khusus untuk bekerjasama demi faedah anggotanya. | UMUM | |
ROTHSCHILD | Rothschild ialah nama keluarga Jerman yang menubuhkan firma perbankan yang terkenal pada akhir tahun 1700-an. Keluarga tersebut membuka beberapa buah bank di beberapa buah negara Eropah pada tahun 1800-an, dan syarikat itu terkenal dengan nama House of Rothschild. Keluarga tersebut juga terkenal dalam bidang industri, politik, kedermawanan, dan sains. | UMUM | |
NEW YORK | New York, negeri di pantai Timur Amerika Syarikat, merupakan pusat terpenting bagi perbankan, komunikasi, dan kewangan negara berkenaan. Hanya California yang mengatasi New York dalam perdagangan dan pembuatan. | UMUM | |
BANK | Bank, institusi yang menjalankan perniagaan perbankan. Istilah ini juga merujuk kepada Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA – Banking and Financial Institution Act 1989), Perkara 2(1). | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Institusi/Organisasi |
AL-WAKALAH | Al-Wakalah ialah prinsip syariah yang bermaksud perwakilan. Dalam operasi perbankan Islam, al-Wakalah merujuk kepada suatu kontrak antara pelanggan dengan bank apabila pelanggan melantik bank sebagai wakil atau ejen dalam sesuatu urusan bagi pihaknya. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |