| NOTA JANJI | Nota janji ialah janji tidak bersyarat serta tak boleh mansuh yang dibuat secara bertulis untuk membayar sejumlah wang tertentu apabila dituntut ataupun pada waktu yang telah ditetapkan kepada orang yang dinamakan. Nota janji biasanya berupa janji hendak membayar balik wang yang telah dipinjamkan untuk tujuan perniagaan. Jumlah yang harus dibayar balik itu biasanya lebih besar daripada jumlah yang dipinjam. Perbezaannya ialah faedah bagi pinjaman tersebut. Orang yang menandatangani nota tersebut dikenali sebagai pembuat . Orang yang akan dibuat bayaran kepadanya dikenali sebagai penerima . Tarikh apabila bayaran itu perlu dibuat dikenali sebagai tarikh tebus . | UMUM | |
| MERAH SILU | MERAH SILU, watak dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Bagaimanapun watak Merah Silu dalam kedua-dua karya sejarah ini mempunyai beberapa persamaan dan perbezaannya. | SASTERA | Penerbitan |
| PAKAIAN PUTERI PERAK | PAKAIAN PUTERI PERAK, pakaian tradisi negeri Perak yang mengandungi baju, seluar panjang, kain samping dan selendang. Pakaian ini sama seperti baju kurung cekak musang yang dipakai oleh lelaki Melayu. Perbezaannya ialah pakaian ini tidak dipakai sedondon tetapi dipakai dengan kombinasi warna yang berlainan. | BUDAYA | Pakaian |
| CERITA PANJI | CERITA PANJI, cerita roman atau pengembaraan yang berasal dari Jawa. Inti cerita panji berpusat pada dua buah kerajaan Jawa kuno iaitu Kuripan dan Daha dengan watak utamanya Raden Inu Kertapati dan Raden Galuh Cendera Kirana. Cerita ini lahir pada Zaman Jawa Tengahan, iaitu pada zaman kegemilangan dan kemerosotan kerajaan Majapahit di Jawa Timur. Meskipun terdapat cerita panji Melayu, Siam dan Kemboja, tetapi perbezaannya terletak hanya pada bahasanya, sedangkan ceritanya hampir tidak berbeza daripada cerita panji Jawa. | SASTERA | Konsep |
| DIALEK MELAYU BUKIT | DIALEK MELAYU BUKIT, dialek yang digunakan oleh 8000 orang Bukit daripada jumlah hampir dua juta orang di Propinsi Kalimantan Selatan yang berdialek Melayu sebagai bahasa ibundanya. Suku yang kecil itu tinggal di lembah dan lereng pergunungan Meratus di bahagian tenggara propinsi itu. Rata-rata orang Bukit kurang berpendidikan dan masih mengamalkan animisme dan mereka menuturkan Melayu sebagai bahasa pertama mereka. Dialek Bukit tidak banyak perbezaannya berlainan dialek Melayu Banjar yang dituturkan penduduk berhampiran dengan kampung mereka. Dikatakan bahawa dengan mudah pedagang Banjar yang berjualan di pekan-pekan daerah Bukit dapat bercakap dalam varian orang Bukit. | BAHASA | Bahasa |