PERBICARAAN MELALUI KOMBAT | Perbicaraan melalui kombat juga dikenali sebagai perbicaraan melalui pertempuran , atau pertaruhan pertempuran , adalah satu cara menyelesaikan perbalahan undang-undang pada Zaman Pertengahan. Golongan bangsawan mengamalkannya bertahun-tahun lamanya. Perbicaraan melalui kombat berbeza daripada pertarungan dua orang kerana orang ramai percaya bahawa Tuhan akan masuk campur dan membantu pihak yang benar. Mengikut prosedur yang biasa, tertuduh akan menentang penuduh. Golongan bangsawan kadangkala melantik pahlawan-pahlawan untuk bertarung bagi pihak mereka. Golongan wanita dan paderi biasanya diwakili oleh orang lain. Perbicaraan melalui kombat diperkenalkan di England oleh William Si Penakluk. Perbicaraan berjuri secara beransur- ansur mengambil alih perbicaraan ini. | UMUM | |
PERBICARAAN NUREMBERG | Perbicaraan Nuremberg merupakan 13 perbicaraan yang diadakan untuk mengadili para pemimpin Jerman kerana tindakan mereka semasa Perang Dunia II (1939–1945). Perbicaraan ini berlangsung dari tahun 1945 hingga tahun 1949 di Nuremberg , Jerman, iaitu tempat Parti Nazi mengadakan tunjuk perasaan yang besar. Parti ini diketuai oleh diktator Adolf Hitler yang memerintah Jerman pada masa Perang Dunia II. | UMUM | |
PERBICARAAN | Perbicaraan ialah kaedah menyelesaikan pertikaian di dalam mahkamah undang-undang melalui kaedah lisan. Dalam kebanyakan kes, setiap pihak yang bertelingkah menggunakan khidmat peguam untuk mewakilkan pandangannya, mengemukakan bukti, dan menyoal para saksi. Kebanyakan perbicaraan merupakan perbicaraan berjuri. Dalam sesetengah perbicaraan, pihak defendan dibicarakan oleh seorang hakim atau panel hakim, dan bukannya juri. | UMUM | |
MENGGANTUNG TANPA PERBICARAAN | Menggantung tanpa perbicaraan lazimnya bermakna pembunuhan yang umumnya dilakukan oleh perusuh dengan menggantung seseorang tanpa menghiraukan undang-undang dan peraturan. Mangsa penggantungan tanpa perbicaraan tidak ada peluang bagi mempertahankan diri mereka. Perusuh cuma menganggap mangsanya bersalah, sama ada dibicarakan atau tidak. Walaupun rusuhan ganas sedemikian pernah berlaku di beberapa negara pada berlainan masa, namun begitu, istilah menggantung tanpa perbicaraan secara khusus dikaitkan dengan Amerika Syarikat. Kebanyakan negeri di Amerika Syarikat cuba menghentikan perbuatan menggantung tanpa perbicaraan melalui undang-undang. Sesetengah negeri menjalankan dakwaan mengikut undang-undang menentang homisid, rusuhan dan serangan. Negeri-negeri yang lainnya mempunyai undang-undang menggantung tanpa perbicaraan yang khusus. Namun begitu, pengawalan melalui undang-undang tidak berjaya mencegah menggantung tanpa perbicaraan. | UMUM | |
KEZALIMAN | Kezaliman lihat Perbicaraan Nuremberg. | UMUM | |
TAWARAN RAYUAN | Tawaran rayuan ialah amalan yang dilakukan oleh defenden dalam kes jenayah dengan bersetuju untuk mengaku bersalah daripada menjalani perbicaraan. Dalam sesetengah kes, pihak berkuasa pendakwa berjanji untuk menggugurkan satu atau lebih tuduhan ataupun meringankan tuduhan yang berat sebagai ganti untuk pengakuan bersalah. Sebagai alternatif lain, pendakwa berjanji akan mencadangkan bahawa tertuduh akan mendapat hukuman yang ringan daripada hukuman yang lazim jika dia mengaku bersalah. Di Amerika Syarikat, lebih kurang 90 peratus daripada defenden mengaku bersalah dan kebanyakannya hasil daripada tawaran rayuan. | UMUM | |
STAR CHAMBER | Star Chamber ialah mahkamah undang-undang Inggeris pada tahun 1500-an dan 1600-an. Star Chamber terdiri daripada canselor diraja dan ahli Majlis Diraja lain, iaitu kumpulan penasihat diraja. Ia meluluskan penghakiman tanpa perbicaraan oleh juri dan membuat prosedur, hukuman, dan pemulihannya sendiri. Mahkamah ini dinamakan sedemikian kerana ia mengadakan perbicaraan dalam Star Chamber Istana Westminster di London. Kini, istilah Star Chamber merujuk kepada mesyuarat mana-mana mahkamah kehakiman atau pertubuhan rasmi secara rahsia dan yang tidak dikawal. | UMUM | |
RAYUAN | Rayuan ialah pemindahan sesuatu tindakan undang-undang kepada mahkamah yang lebih tinggi atau lebih berkuasa untuk kajian semula. Mahkamah mungkin mengkaji semula keputusan mahkamah rendah atau bawahan, badan lembaga kerajaan, atau pegawai berkenaan dalam perbicaraan pentadbiran. | UMUM | |
SURAH AL-NABA' | Surah al-Naba’ ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-78 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 40 ayat. Surah ini dinamakan al-Naba’ (khabar yang besar) kerana ia merupakan pokok perbicaraan surah ini. | UMUM | |
ARKIB | Arkib ialah koleksi maklumat sejarah. Saiz arkib berbeza-beza daripada arkib negara yang besar sehingga kepada koleksi fail di sekolah dan kolej atau di premis syarikat swasta. Banyak organisasi kerajaan mempunyai arkib. Contohnya, di England dan Ireland, arkib dikenali sebagai pejabat rekod kaunti . Pejabat ini merekodkan topik seperti perbicaraan mahkamah tempatan; mesyuarat badan-badan kerajaan tempatan; pembangunan jalan raya, jambatan dan landasan kereta api; pasar tempatan dan perincian mengenai keluarga tempatan. | UMUM | |