PERBILANGAN | PERBILANGAN, sejenis peribahasa yang panjang, lebih daripada satu ayat. Ia berbilang, lantas disebut perbilangan. Perbilangan bermakna selapis atau dua lapis. Perbilangan serupa pepatah dan berfungsi sebagai undang-undang, iaitu Undang-undang Adat Perpatih. Nama-nama lain bagi perbilangan ialah ‘perbilangan adat’, ‘gurindam adat’, ‘teromba’ dan ‘terasul’. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PERBILANGAN ADAT | PERBILANGAN ADAT, ungkapan yang dicipta dan diamalkan oleh masyarakat yang lazimnya duduk dalam lingkungan adat perpatih, sama ada di Negeri Sembilan dan sekitarnya, atau di negeri asal adat perpatih iaitu Minangkabau. Ungkapan ini mengandungi pengertian khusus. | SASTERA | Konsep |
TEROMBA | Sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tambo atau riwayat. | SASTERA | Konsep |
PERIBAHASA | PERIBAHASA, frasa dan ayat yang mempunyai susunan yang tepat dan mengandungi makna khusus. Peribahasa merupakan istilah umum kepada jenis-jenis yang dikenal sebagai simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah dan perbilangan. Peribahasa digolongkan seperti simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan.
| SASTERA | Konsep |
PERIBAHASA BERIRAMA | PERIBAHASA BERIRAMA, genre puisi Melayu tradisional. Peribahasa berirama atau peribahasa berangkap adalah peribahasa yang meliputi kiasan, pepatah, bidalan, perbilangan atau perumpamaan yang berbentuk puisi atau mengandungi cirri-ciri puisi, seperti kesejajaran, perulangan, rima atau sekurang-kurangnya irama. | SASTERA | Konsep |
TEROMBA | TEROMBA, teks yang menyatakan salasiah dan kandungan undang-undang adat perpatih, Khususnya seperti yang diikuti dan diamalkan di Minangkabau, Sumatera dan di Negeri Sembilan, Malaysia. Undang-undang tersebut yang diikuti dan diamalkan dalam masyarakat atau bangsa, suatu sistem atau sebagainya. Teks lisan atau tertulis ini adalah dalam bentuk puisi yang indah, padat dan penuh daya kreatif. Teromba berkait rapat dengan terasul dan tombo. Terasul ialah cara menggunakan salasiah adat seperti dalam perkahwinan sementara tambo bermakna sejarah bagi masyarakat atau adat, tersusun dalam bahasa yang tetap dan dalam bentuk puisi. Istilah teromba juga dikenal dengan nama lain, seperti gurindam, gurindam adat, kata-kata adat, perbilangan adat, kiasan adat dan pepatah adat. | SASTERA | Konsep |