JINAYAH (HUDUD, QISAS, TA'ZIR) | Jinayah, perbuatan jahat yang dikenali juga dengan jarimah yang diharamkan oleh syarak sama ada meliputi nyawa, tubuh badan, harta benda atau sebagainya. | AGAMA | Konsep |
PERBUATAN MENGHALAU HANTU | Perbuatan menghalau hantu ialah perbuatan mematahkan kuasa iblis atau syaitan- syaitan lain yang mempengaruhi atau mengawal seseorang. Perbuatan menghalau hantu ini mengandaikan kewujudan iblis sebagai kuasa jahat dalam kehidupan manusia. Pengaruh iblis mempunyai banyak tahap. Ia boleh menggoda seseorang untuk melakukan sesuatu perkara yang salah, seperti berbohong atau melakukan jenayah. Malah ia juga boleh menguasai seorang individu dengan mengambil alih badan seseorang secara sementara. | UMUM | |
NEMESIS | Nemesis ialah dewi yang dianggap kurang penting dalam mitos Yunani. Dewi Nemesis ialah lambang kepada semangat membalas dendam. Nemesis memastikan bahawa sesiapa yang melakukan kesalahan tidak akan terlepas daripada hukuman. Sebagai dewi yang membalas perbuatan jahat, dia ialah alat kepada keadilan. Hari ini, perkataan nemesis bermaksud balasan, atau alat kepada pembalasan. | UMUM | |
PARI-PARI | Pari-pari ialah makhluk khayalan yang muncul dalam budaya rakyat Eropah Barat. Pari-pari mempunyai kuasa ajaib, yang gunakan untuk melakukan perbuatan baik, dan jahat. Pari-pari biasanya suka membantu, tetapi mereka sering berkelakuan nakal dan kadang-kadang bertindak kejam. | UMUM | |
ANUBIS | Anubis adalah tuhan alam ghaib yang penting di kalangan orang Mesir purba. Pusat ibadatnya yang utama ialah di Kynopolis, yang bermaksud Bandar Anjing di Yunani. Oleh sebab anjing atau serigala merupakan haiwan sucinya, Anubis sering kali digambarkan sebagai anjing atau serigala yang sedang mendekam. Fungsinya dikaitkan dengan Osiris, ketua tuhan alam ghaib, dan Thoth, pembantu Osiris. Tugas Anubis ialah menghadiri upacara ritual mempersiapkan mayat, menimbang hati setiap orang dengan neraca keadilan, dan mengadili perbuatan baik dan jahat seseorang di dunia ini. Lihat juga Mitologi; Osiris; Thoth. | UMUM | |