Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.bu.ruan] | ڤربوروان

Definisi : 1. binatang yg diburu: ~ banyak di hutan ini; 2. perkakas (kelengkapan dll) utk berburu: anjing ~; 3. perihal (perbuatan) berburu: maka Seri Betara pun segeralah menitahkan Raden Aria pergi bertanyakan khabar ~; 4. tempat berburu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.bu.ruan] | ڤربوروان

Definisi : 1 perbuatan atau hal berburu. 2 apa-apa yg digunakan utk berburu: anjing ~. 3 tempat berburu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perburuan

Peribahasa

Matilah kuman kena pelantik,
     sekalian alam melimpah darahnya.

Bermaksud :

Orang biasa yang kahwin dengan orang bangsawan, sehingga menjadi buah percakapan di merata-rata tempat. pelantik = belantik, tombak yang berpegas untuk membunuh binatang perburuan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SALUKI

Saluki, juga dinamakan anjing perburuan gazel ,

dipercayai sebagai anjing baka jati yang tertua di

dunia. Anjing ini dibiakkan di Timur Tengah lebih

kurang pada tahun 5000 S.M. Satu daripada anjing

yang terpantas, saluki pernah digandingkan

dengan burung lang untuk memburu gazel.

Mangsa diterkam oleh lang dan saluki menekan

mangsa sehingga pemburu sampai. Saluki

mempunyai bulu licin, halus dengan jumbai bulu

yang panjang di telinga, kaki dan pahanya.

Tingginya 58 sentimeter hingga 70 sentimeter pada

paras bahu dan beratnya dari 13 kilogram hingga

30 kilogram. Lihat juga Anjing (gambar: Anjing

perburuan).

UMUM 
ARTEMIS

Artemis ialah dewi kelahiran dan perburuan dan

kadang-kadang disamakan dengan dewi bulan

Selene dalam mitologi Yunani. Dewi Rom, Diana

sangat menyerupai Artemis. Artemis ialah puteri

Zeus, raja segala dewa, dan dewi Leto. Dewa

Yunani Apollo ialah saudara kembar Artemis.

UMUM 
ANJING FOXHOUND

Anjing foxhound ialah anjing perburuan yang

bersaiz sederhana. Kumpulan anjing pemburu ini

memburu musang dengan cara menghidu baunya

di atas tanah untuk mengesannya.

UMUM 
ANJING BEAGLE

Anjing Beagle ialah anjing perburuan Inggeris

yang paling kecil. Anjing beagle mempunyai deria

bau yang kuat dan kadangkala digunakan untuk

memburu arnab. Kebanyakan anjing Beagle adalah

peka dan mudah mesra.

UMUM 
ANJING PENGUTIP HASIL BURUAN

Anjing pengutip hasil buruan ialah anjing

perburuan yang dilatih khas untuk mendapatkan

semula (mencari dan membawa balik) haiwan

buruan yang telah ditembak.

UMUM 
SEMENANJUNG KAMCHATKA

Semenanjung Kamchatka menganjur ke arah

selatan dari timur Siberia, Rusia, di antara Laut

Bering dengan Laut Okhotsk. Untuk lokasi, lihat

Rusia (peta muka bumi). Luas semenanjung ini kirakira

350 000 kilometer persegi dengan penduduk

kira-kira 422 000 orang. Di sepanjang semenanjung

ini terdapat banjaran gunung berapi. Semenanjung

ini dilitupi oleh hutan tebal. Perikanan dan

perburuan merupakan industri utamanya. Kawasan

ini membekalkan kulit beruang, sabel, musang,

memerang, otter, dan singa laut. Anak sungainya

mengandungi banyak ikan salmon. Di pantai

baratnya terdapat beberapa kawasan penangkapan

ketam yang utama.

UMUM 
SENAPANG PATAH

Senapang patah ialah senapang bahu yang

melepaskan kartrij yang mengandungi serbuk

peledak dan muatan peluru-peluru logam kecil,

yang dikenali sebagai syot. Syot tersebut akan

tersebar di kawasan yang luas. Ia lebih mudah

untuk mengenai sasaran yang bergerak

berbanding dengan peluru tunggal daripada

senapang atau pistol. Pada asasnya senapang

patah ialah senapang perburuan. Peluru penabur

senapang patah dikenali sebagai syot kecil.

Peluru yang lebih besar yang dikenali sebagai

syot besar, digunakan untuk menembak haiwan

seperti rusa.

UMUM 
AIREDALE TERRIER

Airedale Terrier ialah baka anjing terrier yang

besar. Beratnya 23 kilogram hingga 27 kilogram

apabila dewasa. Badannya berbulu keras berwarna

hitam atau putih di belakangnya dan warna perang

di bahagian badannya yang lain. Anjing ini

dinamakan sempena nama Lembah Aire di utara

England. Baka ini telah dibiakkan di England kira-kira

pada tahun 1880-an. Satu daripada leluhurnya

ialah anjing perburuan memerang. Airedale ialah

anjing yang berani, yang terkenal sebagai anjing

pengawal, dan penyayang terhadap pemiliknya. Ia

juga pandai berenang.

UMUM 
DATO' BAHAMAN

DATO’ BAHAMAN (1838- ?), orang besar Pahang yang menyebelahi Wan Ahmad dalam rebutan kuasa di Pahang pada abad ke-19. Bahaman anak kepada Tuanku Imam Noh dengan Rokiah binti Tuk Setia Perkasa Semantan Abdul Rahman. Tuanku Imam Noh dipercayai berasal dari Kampar, Sumatera. Ketika kecil, Bahaman diserahkan kepada Bendahara Pahang, Wan Ali dan dia berkawan dengan Wan Ahmad, putera Bendahara Wan Ali. Bahaman mahir dalam bidang perburuan, bermain gasing, berlaga buah keras dan bermain sepak raga. Bahaman bersama-sama Wan Ahmad menjual ikan dan garam kepada penduduk di Hulu Pahang.

   

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas