Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.can.tu.man] | ڤرچنتومن

Definisi : perihal mencantumkan ba­hagian-bahagian yg berlainan menjadi satu (motokar dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.can.tu.man] | ڤرچنتومن

Definisi : perihal bercan­tum, pertemuan, pertautan, pergabungan, perpaduan, penyatuan: aku akan terus berjuang utk ~ Singapura dgn Tanah Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.can.tu.man] | ڤرچنتومن

Definisi : keadaan atau hal bercantum; pergabungan; persatuan: Malaysia terdiri drpd ~ negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu dgn Sabah dan Sarawak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata percantuman


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI AMUR

Sungai Amur ialah anak sungai di timur Siberia,

terbentuk akibat percantuman Sungai Argun dan

Sungai Shilka. Sistem Sungai Amur–Argun sepanjang

4416 kilometer (lihat Rusia [peta rupa bumi].

UMUM 
DIRAC, PAUL ADRIEN MAURICE

Dirac, Paul Adrien Maurice (1902–1984),

pakar teori fizik Inggeris yang menjadi terkenal

kerana persamaan matematik yang menerangkan

kelakuan elektron. Dirac juga menunjukkan asas

percantuman dua bentuk mekanik kuantum,

gelombang mekanik dan mekanik matriks (lihat

Mekanik kuantum).

UMUM 
DANGDUT

DANGDUT, sejenis irama lagu hasil percantuman antara lagu Melayu tradisional jenis inang dengan irama lagu Hindi. Irama ini berasal dari daerah Deli, Sumatera, Indonesia. Perkataan ‘dang’ dan ‘dut’, yang seakan-akan bunyi paluan gendang yang digunakan dalam lagu jenis ini, pada asalnya digunakan orang sebagai ejekan semata-mata, tetapi lama-kelamaan diterima umum sebagai nama irama jenis ini.

    

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA, pusat pengajian pertanian yang tertinggi di Malaysia.  Penubuhan universiti ini berasaskan percantuman antara Kolej Pertanian Serdang dengan Fakulti Pertanian Universiti Malaya.  Kolej Pertanian Serdang pada awalnya adalah Sekolah Pertanian, Serdang, Selangor yang ditubuhkan pada 21 Mei 1931.  Pembukaan rasmi sekolah tersebut telah dilakukan oleh John Scott, pegawai pentadbir bagi kerajaan Negeri-Negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi ‘Ex-Officio’ Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.  Tujuan Sekolah Pertanian ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan pegawai-pegawai bagi Jabatan Pertanian.  Sekolah ini terletak di kawasan seluas 8.9 hektar di Serdang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI MALAYA, universiti yang pertama di Malaysia.  Sejarah universiti ini bermula di Singapura dengan percantuman antara dua institusi pendidikan terkenal, Kolej King Edward VII (ditubuhkan pada tahun 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada tahun 1927).  Pada tahun 1959, sebuah kampus cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur.  Universiti Malaya Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai sebuah universiti secara rasmi pada 1 Januari 1962.  Naib Canselor Universiti Malaya yang pertama ialah Datuk Alexander Oppenheim diikuti oleh Profesor Diraja Ungku Aziz, Dr. Syed Hussein al-Attas, Profesor Datuk Mohd. Taib Osman dan Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Ahmad.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
BADAN BAHASA SABAH

BADAN BAHASA SABAH, persatuan penulis. Persatuan ini ditubuhkan pada 15 Mac 1970 di Tanung Aru, Kota Kinabalu, Sabah sebagai hasil percantuman antara Angkatan Persuratan Melayu Sabah (APMS) dengan Persatuan Penulis-penulis Sabah (PERPESA). Badan Bahasa Sabah ini juga dikenal dengan singkatan BAHASA.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas