Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ce.raian] | ڤرچراين

Definisi : 1. perpisahan, perpecahan; 2.perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ce.raian] | ڤرچراين

Definisi : 1 hal tidak berhubungan lagi; perpisahan; perpecahan. 2 hal bercerai (antara suami isteri). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perceraian

Peribahasa

Mata satu pertemuan,
     mata dua perceraian.

Bermaksud :

Kasih yang tidak berbelah bagi akan mengekalkan kerukunan hidup suami isteri, sedangkan kasih yang berbelah bagi akan mengakibatkan perceraian.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERCERAIAN

Perceraian ialah mengakhiri perkahwinan secara

sah. Undang-undang bagi kebanyakan bangsa

membenarkan perceraian hanya dalam keadaan

tertentu. Perceraian dilarang keras kerana ia

memecahkan sesebuah keluarga, yang merupakan

unit asas masyarakat. Beberapa negara, termasuk

Ireland dan Filipina, yang agama Roman Katolik

merupakan agama yang utama, melarang

perceraian.

UMUM 
UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN

UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN, peralatan yang dipakai dan dikuatkuasakan bagi orang Islam di Malaysia.  Undang-undang perkahwinan dan perceraian yang melibatkan orang Melayu pada peringkat awal hanya diketahui melalui adat istiadat serta kelaziman yang diterima pakai pada masa dan ketika itu.  Undang-undang yang terpakai atau yang digunakan secara asasnya ialah undang-undang Islam, memandangkan orang Melayu beragama Islam.  Ini merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan syarat-syarat sah perkahwinan seperti agama, umur, wali dan sebagainya.  Di samping itu juga ia disulam dengan undang-undang adat seperti adat temenggung dan adat perpatih yang menjadi amalan sesetengah masyarakat pada suatu ketika dahulu, yang juga dikatakan bersumberkan hukum syarak.  Selain itu terdapat juga unsur-unsur lain yang diserapkan dalam upacara perkahwinan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN, PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN ORANG-ORANG ISLAM 1900

UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN, PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN ORANG-ORANG ISLAM 1900, peruntukan mengenai nikah cerai orang Islam yang diperkenalkan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.  Sistem pendaftaran yang tersusun dan teratur dalam hal nikah cerai yang melibatkan orang Islam di Malaysia hanya dapat dilihat dengan jelas setelah terdapatnya undang-undang yang memperuntukkan perkara berkenaan.  Hal ini dapat dikesan sekitar tahun 1885 apabila suatu sistem pendaftaran berhubung dengan perkahwinan dan perceraian orang Islam telah mula diperkenalkan melalui “Registration of Muhammadan Marriages and Divorces Enactment 1885”.  Enakmen ini kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan “Muhammadan Marriage and Divorce Registration Enactment 1900.”

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
TALAKPerceraian ialah membubarkan perkahwinan atau memutuskan hubungan suami isteri dengan menggunakan lafaz talak atau cerai.AGAMAKonsep
ALIMONI

Alimoni lihat Perceraian.

UMUM 
STATISTIK PENTING

Statistik penting ialah satu rekod peristiwa

paling asas bagi manusia, termasuklah butiran

kelahiran, perkahwinan, perceraian, penyakit, dan

kematian. Statistik penting bagi menunjukkan

perubahan yang berlaku pada penduduk sesebuah

negara, negeri, atau provinsi atau masyarakat

setempat.

UMUM 
STRES

Stres ialah keadaan yang berlaku pada badan

kerana bergerak balas terhadap kesukaran, yang

sebenar atau yang dijangka dalam kehidupan. Kita

sering mengalami stres akibat peristiwa besar

dalam kehidupan kita seperti kematian, perceraian,

atau kehilangan pekerjaan. Stres juga boleh

berlaku kerana bergerak balas terhadap masalah

harian seperti memandu dalam keadaan lalu lintas

yang sesak atau didesak oleh seseorang. Di

samping itu, kita mungkin mengalami stres apabila

kita nampak sesuatu ancaman terhadap kita.

Umpamanya, seseorang yang berasa tidak dapat

menangani sesuatu cabaran dengan berkesan

mungkin mengalami stres.

UMUM 
THE COURT OF HIGH COMMISSION

The Court of High Commission merupakan

mahkamah yang terpenting dalam mahkamah

eklesiastikal Inggeris. Mahkamah ini diwujudkan

untuk mendengar kes yang membabitkan

penentangan terhadap Gereja England. The Court

of High Commission ini diwujudkan pada sekitar

tahun 1500-an. Kuasanya ditentukan sepenuhnya

pada tahun 1611. Kes-kes yang didengarnya

berkaitan dengan kes kesesatan dan lain-lain

eklesiastikal, dan jenayah yang membabitkan

paderi. Ia juga mendengar kes perceraian.

The Court of High Commission ialah gereja yang

seumpama Court of Star Chamber (lihat Star

Chamber ). Penubuhannya membangkitkan

kebencian kerana banyak aktiviti yang dilakukan

bertentangan dengan prinsip common law di

England . Kadangkala biskop yang menjadi hakim di

Court ini adalah antara mereka yang terbabit

dengan persengketaan yang dibicarakan. The

Court of High Commission ini dihapuskan oleh

Parlimen Long pada tahun 1641.

UMUM 
KADI

KADI, orang yang memutuskan masalah yang berkaitan dengan undang-undang syariah. Walau bagaimanapun, jika dilihat peranannya dalam masyarakat Melayu, ternyata kadi hanya bertindak sebagai hakim di mahkamah syariah dan berperanan sebagai pendaftar perkahwinan dan perceraian bagi orang Islam.

BUDAYAJawatan/Gelaran

Kembali ke atas