Perkhidmatan awam terdiri daripada pekerja di bawah jabatan kerajaan untuk mentadbir perkhidmatan awam sesebuah negara. Contohnya, pegawai yang menguruskan bahagian perkhidmatan luar negeri, jabatan percukaian dan jabatan kesihatan awam adalah antara kakitangan awam. Di kebanyakan negara, polis dan guru sekolah adalah pekerja terus bagi negeri dan dianggap sebagai kakitangan awam. Di sesetengah negara, pegawai kanan sebuah syarikat awam yang dikawal oleh kerajaan juga dianggap sebagai kakitangan awam. Di kebanyakan negara, pekerja yang berkhidmat dengan pasukan ketenteraan atau bekerja di bawah kerajaan tempatan tidak dikira sebagai kakitangan awam (lihat Kerajaan tempatan) . |