Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.cu.ma] | ڤرچوما

Definisi : 1. tidak ada faedahnya (gunanya, hasilnya), sia-sia: guru tidak harus membuang masa dgn ~; ~ sahaja menasihatkan budak-budak yg tidak berakhlak itu; 2. (dgn) tidak meminta bayaran: tidak seorang pun mahu bekerja ~ sahaja, semua menuntut upah; 3. diperoleh dgn tidak perlu membayar, tidak dikenakan bayaran: pemenang peraduan tersebut diberi tiket ~ utk melancong ke Tokyo; pekerja-pekerja diberi gaji yg agak rendah tetapi diberi makan ~; ®cuma I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.cu.ma] | ڤرچوما

Definisi : 1. tidak ada faedah­nya (gunanya, manfaatnya), sia-sia: ~ emak berkata begitu; bukan main marahnya apabila mendapati tindakannya percuma belaka; 2. tidak dikenakan bayaran, tidak perlu membayar: kelas yg dianjurkan oleh kesatuan itu dibuka dgn ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.cu.ma] | ڤرچوما

Definisi : 1 tidak ada gunanya atau tidak ada faedahnya sama sekali; sia-sia: Kita tidak harus membuang masa dgn ~. 2 tidak dikenakan apa-apa bayaran; tidak perlu membayar atau dibayar: Saya ada tiket ~ utk menonton wayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[per.cu.ma] | ڤرچوما

Definisi : 1 tidak ada gunanya, sia-sia: Kalau begitu, ~ saja saya datang ke mari. 2 tidak (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
percuma (adverba)
1. Bersinonim dengan sia-sia: tidak berguna, tidak berfaedah, tidak bermanfaat, tidak berhasil,
Berantonim dengan berguna

2. Bersinonim dengan tanpa bayaran: gratis, peri, perdeo, prodeo,
Berantonim dengan berbayar.


Peribahasa

Pinjam kayu ara.

Bermaksud :

Meminjamkan wang kepada orang besar, akhirnya rugi percuma. (kayu ara semboyan kebesaran).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BIASISWA

Biasiswa ialah sejumlah bantuan berbentuk

wang atau yuran yang diberikan percuma kepada

pelajar berasaskan pencapaian, kebolehan,

atau keperluan kewangan. Biasiswa biasanya

disifatkan sebagai penghormatan terhadap

pengiktirafan pencapaian akademik yang ulung,

juga sebagai bantuan kewangan kepada mereka

yang memerlukannya. Pada umumnya biasiswa

diberikan sebagai satu cara memilih dan melatih

mereka yang berkeupayaan agar menjadi aset

berguna kepada masyarakat dan negara.

UMUM 
BAYARAN PINDAHAN

Bayaran pindahan ialah bayaran yang diterima oleh seseorang individu secara percuma tanpa perlu memberikan apa-apa sumbangan kepada pendapatan negara. 

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
MOTEL

Motel ialah tempat yang menyediakan

kemudahan penginapan terutamanya kepada

pemandu kereta. Kebanyakan motel terletak di

persimpangan jalan besar yang sibuk, di kawasan

pinggir bandar atau berhampiran lapangan

terbang. Semua motel menyediakan kemudahan

letak kereta secara percuma dan tetamu boleh

sampai ke bilik secara terus. Sesetengah motel

mempunyai restoran dan kolam renang.

UMUM 
PERAKUAN KESIHATAN

Perakuan kesihatan ialah sijil yang

dikeluarkan dan ditandatangani oleh pihak

berkuasa pelabuhan tertentu. Ia memperakukan

keadaan kesihatan anak kapal dan penumpang, dan

keadaan kebersihan kapal semasa ia hendak

belayar. Kapal dikuarantin apabila ada wabak

penyakit di atas kapal atau apabila pengasapan

diperlukan (lihat Kuarantin). Apabila sesebuah

kapal itu tiba di pelabuhan, ia akan dikuarantin

sehingga praktik (izin untuk berkomunikasi) telah

dibenarkan. Permit praktik percuma mengizinkan

kapal untuk masuk tanpa sekatan kuarantin

selanjutnya. Praktik sementara menunjukkan syarat

yang membolehkan praktik percuma dikeluarkan.

UMUM 
KERAHKERAH, satu bentuk institusi buruh yang wujud dalam sistem pemerintahan Melayu tradisional. Kerah ialah perkhidmatan buruh percuma yang dipaksakan ke atas rakyat oleh pihak berkuasa negeri. Oleh itu, institusi ini dikenal juga sebagai kerja paksa. Kerja paksa ini dinamakan kerah sempena perintah mengerah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa apabila mereka memerlukan tenaga buruh sedemikian.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
AUTOMOBILE ASSOCIATION (AA)

Automobile Association (AA) di Britain ialah

pertubuhan permotoran terbesar di dunia. Ia

mempunyai lebih enam juta ahli. Tujuan persatuan ini

umumnya adalah untuk melindungi dan

meningkatkan minat pemandu kenderaan bermotor

dan menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh

untuk ahlinya. Perkhidmatan yang diberikan meliputi

servis kerosakan, bantuan dari segi undang-undang,

maklumat teknikal, pelan jalan, perakuan hotel, dan

sebuah buku panduan percuma. AA mengatur

insurans motor dan lain-lain, dan merupakan

penerbit utama buku berkaitan dengan perjalanan,

panduan dan peta.

UMUM 
LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB

LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB, laporan Jawatankuasa Pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul rahman Talib, Menteri Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan jawatankuasa Pendidikan 1956. Jawatankuasa ini mencadangkan supaya diadakan satu jawatankuasa lain untuk meninjau semula cadangan-cadangan yang telah dikemukakan. Tugas utama Jawatankuasa Abdul rahman Talib adalah untuk mengkaji pelaksanaan cadangan Jawatankuasa Pendidikan 1956 yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan, iaitu menimbangkan implikasi dari segi kepentingan negara dan kewangan termasuk mengenai pengenalan pendidikan  percuma pada peringkat sekolah rendah. Laporan Jawatankuasa Abdul rahman Talib juga dikenal sebagai Laporan Jawatankuasa Penyemak Pendidikan 1960.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan

Kembali ke atas