SARINGAN ERATOSTHENES | Saringan Eratosthenes ialah satu kaedah yang dicipta oleh ahli matematik Yunani, Eratosthenes untuk mengenal pasti nombor perdana . Nombor perdana ialah nombor selain nombor 1 yang hanya boleh didarabkan secara genap dengan 1 dan dengan nombor itu sendiri. Kini, komputer elektronik boleh digunakan untuk mengenal pasti nombor perdana, tetapi sistem itu masih sama dengan kaedah yang digunakan oleh Eratosthenes. | UMUM | |
PERSIDANGAN TEHRAN | Persidangan Tehran ialah mesyuarat pertama pemimpin utama negara Berikat semasa Perang Dunia II. Pemimpin-pemimpin ini dikenali sebagai Tiga Kuasa Besar, iaitu Perdana Menteri Great Britain , Winston Churchill; Presiden Amerika Syarikat, Franklin Delano Roosevelt; dan Perdana Menteri Kesatuan Soviet, Joseph Stalin. Mesyuarat ini juga ialah persidangan kemuncak yang pertama melibatkan ketua-ketua Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat. Persidangan ini diadakan dari 28 November hingga 1 Disember 1943, di Tehran, ibu negara Iran. | UMUM | |
SUTAN SJAHRIR | Kapsyen1"> :1"> Sutan Sjahrir SUTAN SJAHRIR, (1909-1966), ahli politik, Perdana Menteri Indonesia yang pertama. Dia lahir pada 5 Mac 1909, di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Sutan Sjahrir M. Rasyad. Bapanya bergelar Maharajo Sutan, seorang jaksa yang berasal dari Kota Gadang, Sumatera Barat, sedangkan ibunya kelahiran Natal, Tapanuli. Dia mengikut orang tuanya berpindah ke Jambi dan kemudiannya ke Medan. Pada tahun 1915, dia belajar di Europeesche Lagere School (ELS). Antara tahun 1923 hingga 1926, dia belajar di Meer Uitgedreid Lager Onderruvijs (MULO). Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Algemeene Middelbare School (AMS) hingga tahun 1929 di Bandung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERSEKUTUAN AUSTRALIA | Persekutuan Australia terbentuk dari tahun 1901, apabila keenam-enam tanah jajahan Australia menjadi negeri-negeri Komanwel Australia. Sebelum tahun 1889, beberapa kaedah penggabungan tanah jajahan tersebut telah dicuba, tetapi gagal. Pada tahun tersebut, Sir Henry Parkes, perdana menteri New South Wales, mendesak para penjajah tersebut supaya membentuk sebuah kerajaan pusat. Pada tahun 1890-an, banyak percubaan untuk membentuk sebuah persekutuan menemui kegagalan. Para perwakilan jajahan tersebut bersidang pada tahun 1891, 1893, 1898, dan 1899. Pada tahun 1899, sebuah jawatankuasa penggubal merangka Perlembagaan Persekutuan dan penduduk Australia mengundi untuk membentuk sebuah persekutuan. Duke of York, kemudian bergelar Raja George V, mengisytiharkan Komanwel Australia pada 1 Januari 1901. | UMUM | |
PANGERAN BENDAHARA | PANGERAN BENDAHARA, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei. Sejak zaman pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619), dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei terdapat empat orang wazir, iaitu Duli Pangeran Bendahara, Duli Pangeran Digadong, Duli Pangeran Temenggung dan Duli Pangeran Pemanca. Di bawah wazir, terdapat 60 ceteria (sateria), iaitu empat kepala ceteria, lapan ceteria besar, 16 ceteria pengelasan, dan 32 ceteria damit (kecil). Di bawah ceteria, terdapat jawatan kesetiawanan daripada kalangan rakyat biasa. Jawatan tertinggi ialah Pehin Datu Perdana Menteri (1), Ketua Menteri (2), Kepala Menteri (4), Menteri Pengelasan Besar (8), Menteri Pengelasan Biasa (16) dan Menteri Pengelasan Damit-kecil (32). Beberapa jawatan Menteri Dagang juga diwujud dan dikurniakan kepada orang asing, misalnya Datu Saudagar, ketua orang India dan Kapitan Cina, gelaran kepada ketua orang Cina. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |