Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.re.bu.tan] | ڤربوتن

Definisi : 1. perihal berebut sesuatu: ~ pangkat; ~ kedudukan; ~ kekuasaan; 2. = perihal merebut (memperebutkan), pe­ram-pasan, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.re.bu.tan] | ڤربوتن

Definisi : perbuatan (hal dsb) berebut atau merebut sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rebut
Kata Terbitan : berebut, merebut, perebutan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTEMPURAN ACTIUM

Pertempuran Actium ialah pertempuran di laut

yang menamatkan perebutan kuasa di Rom purba

antara Gaius Octavian dengan Mark Antony.

Pasukan tentera Octavian memenangi pertempuran

ini, yang berlaku pada tahun 31 S.M. di pesisiran

pantai Actium, berhampiran Preueza kini, di barat

Greece .

UMUM 
STEPHEN

Stephen (1097?–1154) ialah Raja Inggeris.

Pemerintahannya penuh dengan persengketaan

sehingga digelar ‘The Anarchy’. Persengketaan

tersebut berpunca daripada perebutan takhta.

Stephen ialah putera Adela. Adela ialah puteri

William Si Penakluk. Pihak lain yang berhak ke atas

takhta diraja itu ialah Matilda, puteri Henry I. Henry

telah memujuk baronnya untuk mengangkat

sumpah taat setia kepada Matilda sebelum

kematiannya pada tahun 1135. Pada tahun 1153,

Stephen akhirnya dipaksa untuk mengiktiraf putera

Matilda sebagai pewaris takhtanya, iaitu Henry II

yang menjadi Raja Plantagenet pertama (lihat

Plantagenet).

UMUM 
MORGAN, SIR HENRY

Morgan, Sir Henry (1635?–1688) ialah bajak

laut (lanun) Inggeris yang terkenal. Pada

zamannya, England dan Sepanyol berseteru dalam

perdagangan dan perebutan tanah jajahan.

Morgan menyerang kapal Sepanyol dan bandar-bandar

dalam tanah jajahan Sepanyol di Hindia

Barat, Amerika Tengah, dan Amerika Selatan. Pada

tahun 1671, dialah yang menyebabkan

kemusnahan Panama City, Panama, iaitu bandar

Sepanyol yang terbesar di Amerika Tengah.

UMUM 
PERJANJIAN PANGKOR

PERJANJIAN PANGKOR (1874), perjanjian yang ditandatangani antara pihak British dengan Raja Abdullah, Ngah Ibrahim, pembesar-pembesar Hilir Perak, ketua puak Hai San dan ketua puak Ghee Hin. Perjanjian ini ditandatangani pada 20 Januari 1874 di Pulau Pangkor, Perak.  Perjanjian Pangkor termeterai ekoran perebutan takhta kerajaan Perak dan kekacauan antara dua puak pelombong Cina, iaitu puak Ghee Hin dan puak Hai San.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
SNORRI STURLUSON

Snorri Sturluson (1179–1241) ialah penyair dan

ahli sejarah Iceland, pada Zaman Pertengahan.

Hasil karyanya yang utama ialah Heimskringla

(Circle of the World ), yang mengisahkan sejarah

raja Norway yang bermula dari asal usul mereka

hinggalah ke zamannya, dan juga Prose Edda.

Kemungkinan dia juga menulis The Saga of Egill

Skallagrimsson, salah satu saga Iceland yang

terbaik tentang seorang penyair hebat tahun 900-

an, yang juga salah seorang nenek moyang Snorri.

Snorri seorang yang kaya dan berkuasa di Iceland.

Pada akhir hayatnya, dia terlibat dalam perebutan

kuasa di Norway yang menyebabkan dia dibunuh

atas arahan raja Norway.

Lihat juga Edda.

UMUM 
SULTAN ALISULTAN ALI (  ?  -1871), Sultan Perak yang ke-24 (1865-1871). Baginda bergelar Sultan Ali al-Mukammal Inayat Syah menggantikan Sultan Jaafar Muazzam Syah yang mangkat pada 20 Mac 1865. Baginda bersemayam di Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Semasa baginda menjadi sultan, Raja Abdullah telah dilantik sebagai Raja Muda dan bersemayam di Batak Rabit, manakala Raja Ismail dilantik sebagai Raja Bendahara dan bersemayam di Belanja. Sultan Ali mewarisi pemerintahan yang kurang stabil disebabkan perebutan takhta di kalangan keluarga diraja, pergaduhan antara orang Cina di kawasan perlombongan bijih timah di Larut, dan minat awal yang ditunjukkan oleh British untuk campur tangan di Perak.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas